Bila Ada ‘Officemate’ Perangai Kaki ‘Judgemental’, Buat Je Cara Ni

Cara kau bercerita ni, mesti first time kan pergi sana? Bukan main beriya bercerita…”

Alahai.. Kalau pertama kali pun dah kenapa? Biarlah dia nak kongsi cerita pun. Kita sebagai officemate merangkap kawan, jadilah pendengar yang setia. Janganlah nak judge orang je.

Tapi, biasalah tu ragam manusia ni tak boleh nak ramal. Ada yang jenis cakap lepas, suka perli-perli, bossy, downgrade dan yang paling menyakitkan hati perangai yang akan kita bincangkan ni, perangai suka condemn orang tak habis-habis. Fuh! Boleh mental kalau hadap hari-hari.

via GIPHY

Tapi jangan, samakan diri anda seperti mereka. Chill, jom baca ni..

Jauhkan diri

Cuba sebaik yang mungkin untuk jauhkan diri dari golongan pelik ni. Bukan apa, serba sedikit boleh menganggu mood seharian. Bayangkan, elok pagi-pagi datang kerja dengan mood ceria, tiba-tiba kena judge pasal pakaian, cara pakai tudung, alahai boleh down tau!

via GIPHY

Kalau boleh, tempat duduk dekat office pun jauh-jauh. Kalau meja sebelah-sebelah, elakkan bersembang dengan dia. Cukup sekadar memberi senyum. Senyum kan satu sedekah. Kalau tak nak nampak ketara, ucap hai atau beri salam.

Elakkan bersembang

Macam tip sebelum ni, elakkan bersembang dengan dia tapi bukan bermakna tak bercakap langsung tapi sekadar tanya soal kerja je. Kalau nak bersembang perihal pengalaman anda, berceritalah dekat officemate yang boleh masuk air bila bersembang. Lagi rancak! Tak rugi pun kalau tak kongsi cerita kat dia. Rasanya, lagi tenang hidup.

via GIPHY

Sekali sekala tembak balik

Orang kata, jangan balas membalas. Ya, memang boleh amalkan sikap ni, biar orang buat kita jangan kita buat orang tapi kadang-kadang tu nak sekolahkan dia, mungkin kita kena tembak dia sekali-sekala. Orang putih kata, what you give, you will get back. Pastikan nak tepek tu, ayat memang betul-betul deep dan memang kena dengan timing.

via GIPHY

Cukup sekali je tembak, jangan banyak kali sebab nanti apa beza kita dengan dia? Betul tak? Silap-silap mesti dia akan ingat sampai bila-bila ayat deep kita tu. Lepastu mula tarik muka dan cop kita mulut celupar. Tak apa, biar orang sekeliling yang menilainya.

Biasalah, bila jumpa dengan ramai orang, banyaklah ragam dia. Bergantung pada diri kita bagaimana nak mengawal keadaan bila berhadapan dengan manusia yang suka keluarkan aura negatif. Cuma, banyakkan bersabar sebab orang yang macam ni akan buat kita lebih kuat.

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai berikut: Talam Dua Muka! Rambut Sama Hitam, Hati Manusia Siapa Yang Tahu? , Berperang Dengan Biras! Lebih Rumit Bila Hati Tak Sebulu.

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna