Biar Betul! Kerap Minum Kopi Boleh Buatkan Payudara Makin Mengecil?

Adakah anda seorang penggemar minum kopi? Mungkin ada yang tidak boleh mulakan hari mereka tanpa secawan kopi dan lagi membimbangkan ada yang sampai ketagih. Ladies! Ini mungkin berita baik atau buruk untuk anda, kerana satu kajian daripada Swedish menunjukkan bahawa individu yang kerap mengambil minuman berkafein mempunyai kaitan rapat dengan saiz payudara mengecil.

Aset wanita semakin mengecil, tak takut ke? Kajian ini dijalankan secara tidak langsung di mana onkologis dari Swedish iaitu Helena Jernstroem mengkaji tentang risiko faktor dan genetik kanser payudara. Pengambilan minuman kopi adalah salah satu perkara yang ditanya kepada 300 wanita dalam kajiannya dan mengambil kira ukuran payudara mereka.

Image result for women drink coffee small breast

Sumber: medicalnews

Hmm, Setiap Kali Minum Kopi Patut Ukur Payudara?

Pengkaji menyatakan minum lebih daripada 3 cawan sehari mampu meningkatkan risiko untuk payudara lebih mengecil daripada asal. Lebih banyak anda minum kopi,  lebih tinggi proses saiz payudara untuk mengecil tetapi ia tidak akan hilang sepenuhnya seperti anda jangkakan.

Coffee drinking: women do not have to worry their breasts will shrink to nothing overnight. They will get smaller, but the breasts aren’t just going to disappear”

Tetapi anda perlu tahu, bahawa tiada ukuran inci sebenar apabila anda minum kopi secara berlebihan dan ia juga tidak menentukan berapa jumlah maksimum saiz payudara akan berkurangan. Lepas ni jangan salah anggap pula, bagi sesiapa yang mempunyai payudara kecil ia bukan semata-mata atas faktor kerana minum kopi. Ada juga faktor lain terhadap ukuran payudara iaitu genetik seseorang.

Image result for breast

Sumber: the independent 

Agak-agaknya ada tak good side memiliki payudara kecil hasil daripada minum kopi? Haa untuk pengetahuan anda semua, ia akan mengurangkan risiko wanita untuk mendapat kanser payudara. Ini kerana bagi anda yang memiliki payudara besar ia mempunyai lebih banyak mammary glands dan kemungkinan ia akan meningkatkan permukaan sel kanser terbentuk.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Malas Nak Bergerak Tapi Masih Mahu Bersama? Anda Patut Cuba Posisi Ni

 

Sumber: dailymail

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna