Beyonce Artis Hollywood Termahal Di Dunia?

Dwayne Johnson, Robert Downey Jr, Will Smith, Brad Pit dan ramai lagi barisan nama artis Hollywood yang terkenal di seluruh dunia sehinggakan gaji mereka mencecah belasan dan puluhan juta USD. Wah! Dengan bakat lakonan je dah boleh jadi kaya-raya.

Patutlah ramai orang kita ni nak jadi artis! Hm, bila buka cerita artis ni, Donna tiba-tiba nak bagi tahu siapa artis Hollywood termahal di dunia. Mesti anda semua jangkakan barisan pelakon yang membintangi filem Marvel atau Avengers kan? Sebenarnya tak.

Selebriti tersebut adalah penyanyi lagu Single Ladies iaitu Beyonce. Fuh! Bila dia menari dengan kasut tinggi, memang hot! Patutlah mahal.

via GIPHY

Info ni Donna tahu menerusi satu tweet yang tular. Menurut tweet tersebut, dirinya dibayar sebanyak 25 juta USD hanya menjadi suara latar filem Disney, The Lion King yang bakal keluar di pawagam pertengahan bulan Julai ini. Itu belum termasuk royalti lagi ye!

Malah, Beyonce juga memegang rekod artis berkulit gelap yang dibayar paling mahal menerusi drama Dreamgirls iaitu sebanyak 12.5 juta USD. Sehingga setakat ini tiada artis yang berkulit gelap dibayar sebanyak ini hanya untuk lakonan drama. Aura Beyonce memang betul-betul beri impak!

Untuk pengetahua anda, artis Hollywood yang kedua dibayar mahal adalah pelakon utama Deadpool iaitu Ryan Reynold. Pihak Netflix berani membayar dirinya sebanyak 27 juta USD untuk membintangi film original Netflix yang berjudul Six Underground.

Kepada peminat Ryan, harap bersabar ye sebab filem ini masih belum tahu bila akan ditayangkan di Netflix. Tunggu je la ye?

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berkenaan:

Gaji Pengasuh Anak Kareena Kapoor Hampir Sama PM India ,

Perjuangkan Hak Wanita. Siapa Lagi Nak ‘Support’ Kalau Bukan Wanita Sendiri?

 

 

 

 

Sumber: keepo

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna