Betul Ke Wanita Zaman Sekarang Kalau Tak Bekerja Dianggap ‘Loser’ Oleh Keluarga Mentua?

“Mak bukan nak masuk campur hal rumah tangga awak. Tapi awak kalau boleh pergilah cari kerja. Kesian suami nak cari duit.”

Mungkin bukan anda seorang sahaja yang pernah dengar dialog seperti ini. Bila tak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, ada sahaja suara sumbang yang dikeluarkan orang terdekat.

Bukan apa, memanglah tugas nak cari duit memang amanah bagi lelaki. Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, memang susah nak bergantung hidup pada satu sumber mata pencarian sahaja. Tapi, tak semua perempuan mampu untuk bekerja secara profesional dan menguruskan kerja rumah pada masa yang sama.

BACA: Siapa Kata Sarang Burung Untuk Cantik Je, Ini Rahsia Elak Terkena Virus

Jadi, mereka yang memilih untuk bekerja dan menguruskan rumah adalah wanita hebat dan kental. Selain itu, ada juga beberapa perkara lain yang menyebabkan seorang perempuan  memilih untuk terus bekerja walaupun memenatkan.

via GIPHY

Orang kata tak pandai berdikari

Kadang-kala keinginan nak berhenti kerja dan fokus kepada jaga anak sangat membuak di dalam diri. Tapi semuanya hancur musnah bila teringat kata-kata tajam orang terdekat. Ibu yang tak bekerja selalu dianggap tak pandai berdikari dan loser. Keluarga mentua pun tak senang bila tengok anak lelaki mereka sahaja yang berusaha keras untuk hidup. Sebab tak kuat nak hadapi persepsi orang, maka para ibu pun teruskan kerja.

Tak nak bebankan suami

Sebab lain kenapa isteri tak nak berhenti kerja adalah disebabkan isteri tak nak susahkan suami. Malu juga kalau asyik nak minta duit suami di luar daripada nafkah. Tak nak la suami rasa terbeban sebab kita asyik minta duit dekat dia.

BACA:Sibuk? Ini Cara Mudah Untuk Bagi Keadaan Rumah Nampak Kemas ; Bersih

via GIPHY

Tak mahir kerja rumah

Oleh sebab kita banyak habiskan masa dekat pejabat menguruskan kertas laporan. Jadi, kita tak ada banyak masa untuk dihabiskan untuk mengemas. Maka, ada wanita yang kurang cekap untuk beraksi di dapur, mengemas dan memasak. Suami juga yang kerja mengkritik saja memang selalu buat isteri terasa hati. Jadi lebih baik hantar sahaja bagi orang yang jaga anak.

Minat kepada karier

Selain itu, ada juga wanita yang sangat mencintai kerjaya mereka. Inilah hasil daripada penat lelah mereka membanting tulang di menara gading. Bila sudah mendapat jawatan yang selesa, sayang pula nak lepaskan.

via GIPHY

Jadi sebenarnya para ibu ada bermacan-macam alasan mengapa mereka susah untuk berhenti kerja. Siapa yang tak mahu duduk sahaja di rumah dan habiskan banyak masa dengan keluarga, kan? Namun, keadaan kadangkala tak semudah apa yang kita sangkakan.

Dalam hal ini, para suami pun kenalah bertolah ansur dengan isteri. Masing-masing tahu bagaimana letihnya untuk bekerja dan menguruskan keluarga pada masa yang sama. Jadi, salinglah bertoleransi tau!

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna