Betul Ke Wanita Perlu Angkat Kaki Lepas Bersama? Ini Tip Mudah Untuk Cepat ‘Lekat’

Eh, jangan cuci, kena angkat kaki lepas bersama..barulah lekat!”

Orang tua kata, lepas melakukan hubungan intim si isteri kena baring dulu selama 20 hingga ke 30 minit atau mengangkat kaki untuk cepat ‘lekat’ dalam erti kata lain mudah mendapatkan anak. Tapi sejauh mana kebenaran petua-petua ni?

Menurut pakar kesuburan Dr Mohamed Iqbal Cassim, isteri tidak perlu risau jika air mani suami kerap meleleh selepas hubungan intim kerana ia adalah perkara normal dan mengangkat kaki selepas bersama adalah mitos semata-mata. Kemungkinan sperma yang keluar kerana proses ejakulasi telah mencukupi. Anda perlu tahu tidak semua air mani mengandungi sperma hanya 5 peratus sahaja yang dikeluarkan manakalas lebihannya adalah air.

Image result for angkat kaki lepas bersama

Sumber: alodoktoer

Sperma Sikit, Boleh Ke Hamil?

Jangan risau, sebaik sahaja suami anda melepaskan air maninya ke dalam vagina ia tetap akan sampai ke dinding serviks anda walaupun anda akan lihat air mani tersebut kerap meleleh selepas itu. Cukup sekadar baring sekejap, tanpa mengangkat kaki sudah memadai.

Peluang untuk anda hamil pasti ada walaupun perkara tersebut membuatkan anda sering runsing, percaya pada rezeki tuhan ia pasti ada sama ada cepat mahupun lambat.

Image result for angkat kaki lepas bersama

Sumber: kumparan

Amalkan Cara Ni Untuk Mudah Hamil

Suami Perlu Alert Waktu Subur Isteri :

  • Waktu subur wanita dengan kitaran haid 28 hari ialah hari ke-13 hingga hari ke-15 dari hari pertama anda datang haid.
  • Contohnya, jika anda datang haid pada 1 Januari, maka waktu subur anda adalah 13 Januari hingga 15 Januari.

 Bersama Terlalu Kerap? : 

Capai Orgasma 

  • Nak puas bukan suami sorang sahaja okay, isteri pun kena capai waktu kemuncak juga, baru lah cepat hamil.

Bila dah macam-macam usaha untuk mendapatkan cahaya mata tiada salahnya untuk anda dan pasangan mendapatkan nasihat daripada pakar. Ini kemungkinan salah seorang di antara anda yang mungkin mengalami masalah ketidaksuburan, endometriosis dan lain-lain. Apa yang penting jangan putus asa ye! Selamat mencuba.

 

 

 

 

Sumber: theaseanparent

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna