Betul Ke Wanita Boleh Mengandung Bila Mandi Kolam Yang Ada Sperma Lelaki?

Bila baca tajuk je, dah boleh buat wanita takut nak mandi kolam atau kolah yang ada kaum lelaki yang bukan mahram walaupun tubuh dalam keadaan aurat tertutup. Maklumlah, perempuan ni kalau bab overthinking memang tak ada siapa boleh kalah.

Tapi sejauh mana kenyataan ini betul?

Menurut ahli farmasi, yang ingin dikenali sebagai Siti Hawa menjelaskan menerusi laman YouTube, kenyataan tersebut 100 peratus tidak benar apatah lagi kenyataan tentang seorang wanita boleh mengandung hanya disebabkan mandi dalam kolam renang yang ada lelaki.

“Pertama sekali, anda perlu tahu perbezaan sperma dan air mani kerana dua perkara ini adalah berbeza. Sperma adalah sejenis cecair yang kelihatan seperti berudu manakala air mani pula adalah cecair yang dikeluarkan oleh lelaki apabila sedang melakukan persetubuhan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, jangka hayat sperma berbeza ikut tempat. Jika sperma dipancutkan di kawasan kering seperti tilam atau tisu, sperma akan mati bila tekstur sudah kering. Tapi, bila sperma dipancutkan ke dalam rahim wanita, sperma boleh hidup dalam 5 hari. Jadi jika anda melakukan hubungan seks beberapa hari sebelum pasangan anda berovulasi, ada kemungkinan pasangan boleh mengandung.

“Bila bercakap tentang jangka hayat sperma dalam air yang mempunyai kandungan klorin, sperma boleh hidup lama sedikit tapi tak mampu menghamilkan wanita” jelasnya.

Jom kita dengarkan penjelasannya lebih terperinci menerusi video berikut…

Kesimpulannya itulah antara beberapa fakta tentang sperma. Lepas ni jangan risau untuk berenang dalam kolam awam yang ada lelaki sebab tak akan mengandung pun kecuali melakukan hubungan intim dalam kolam. Ooppss!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Makanan Semulajadi Ini Mampu Naikkan Rangsangan

Boleh Jadi Penyebab Kematian Kalau Posisi Tidur Bayi Tak Betul

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna