Betul Ke Otak Lebih Kreatif Jika Tangan Kidal?

Setiap tahun pada 13 Ogos merupakan hari dikhaskan untuk meraikan mereka yang bertangan kidal. Yelah, majoriti daripada kita melakukan pelbagai aktiviti menggunakan tangan kanan. Jadi, golongan ni agak special sikit.

Malah sejak kecil lagi, kebanyakan kanak-kanak memegang objek secara automatik dengan tangan kanan. Namun, ada juga segelintir kanak-kanak mereka lebih selesa menggunakan tangan kiri.

via GIPHY

Populasi orang kidal…

Bila timbul isu ini, Universiti Oxford telah membuat kajian dan hasil carian mendapati populasi orang kidal adalah sekitar 10% dari populasi dunia. Dari populasi 10% tersebut, sekitar 12% adalah lelaki dan 8% perempuan.

Mungkin ada yang mengatakan kononnya otak kiri lebih kreatif tapi sejauh mana kebenaran fakta tersebut? Menurut pengkaji Dr. Akira Wiberg mereka yang bertangan kidal, bahagian bahasa yang berada di sebelah kiri dan kanan otak akan berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih terarah.

via GIPHY

Fakta tangan kidal sebenar…

Ini yang menjadikan mereka yang bertangan kiri lebih efisien dalam melakukan perkara-perkara berkaitan lisan tapi tiada kajian yang dapat membuktikan fakta ini benar kerana apa yang hasil kajian dapat buktikan adalah sama ada individu tersebut tangan kanan atau kidal, setiap orang ada kelebihan tersendiri.

Cuma faktanya, sebanyak 70% orang kidal dapat memproses bahasa lebih banyak pada otak sebelah kiri. Mengapa angka ini lebih rendah hal ini pun masih belum diketahui. Mungkin juga bergantung pada IQ dan EQ seseorang.

via GIPHY

Tiada apa yang membezakan…

Walau bagaimanapun, perlu juga diingat bahawa perbezaan ini hanya dilihat sebagai satu jumlah purata sebahagian besar individu yang diteliti. Tidak semua mereka yang bertangan kiri akan mempunyai kesan yang sama.

Kesimpulannya, jangan memandang pelik bila ada dalam kalangan kawan kita bertangan kidal kerana perkara ini tiada perbezaan.

Percayalah, dengan kelebihan dan kelemahan yang kita miliki ni adalah untuk melengkapi antara satu sama lain. Selamat hari kidal sedunia!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bukan Rendam & Berus Semata, Ini Teknik Sental Baju Guna Tangan Dengan Betul

Senarai Buah Tangan Yang Boleh Bawa Bila Pertama Kali Jumpa Bakal Mak Mertua

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: fmt

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna