Betul Ke Tak Boleh Potong Kuku Bagi Orang Yang Nak Berkorban?

Eh, tak boleh potong kuku sebab nak korbankan lembu masa raya haji nanti. Tunggu lepas Raya baru boleh potong.”

Pernah tak dengar ayat ni dari mulut seseorang? Mesti pernahkan? Kita ni pun tertanya-tanyalah dalam hati “yeke langsung tak boleh potong kalau nak korban?”. Bukan apa, kalau kuku panjang susah nak buat kerja. Lagipun habislah celahan kuku ada kotoran hitam, nak ambil wudhuk pun susah sebab nak kena pastikan air mengalir di celahan kuku panjang, aduh!

Ingatlah bahawa Islam ini mudah. Tak ada hukum yang menyusahkan umatnya melainkan manusia itu sendiri. Ya, memang benar mengikut hadis sahih daripada Ummu Salamah R.A, Nabi S.A.W bersabda,

Apabila masuk waktu 1o hari awal Zulhijjah dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah kamu mencabut bulu atau kukunya,” Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi’ Asyr Dzulhijjah. Hadis no: 1997

Sumber: suaradotcom

Ayat tersebut diajukan daripada salah seorang pengguna twitter kepada pendakwah popular di media sosial, Ustaz Ad-Dien atau nama sebenar Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir. Katanya, dalam mazhab Sayfie ia adalah hukum sunat. Maknanya kalau potong juga kuku atau bulu, jatuh makhruh. 

Sementara itu, ini perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan :

Soalan:

Saya pernah mendengar, ada yang mengatakan bahawa terdapat hadith yang menganjurkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban agar tidak memotong kuku dan juga rambutnya apabila tiba sahaja 1 Zulhijjah. Sejauh manakah kebenaran anjuran ini?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menyebutkan bahawa hadith ini, sebahagian ulama’ memahaminya dengan mengatakan haram untuk memotong rambut, mencabut bulu-bulu yang ada di badan serta memotong kuku dan ini adalah pendapat Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Daud al-Zahiri, Ishak dan juga sebahagian ashab al-Syafi’e. Adapun al-Imam al-Syafi’e dan ashabnya yang lain, mereka mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih dan bukannya haram.

Kesimpulan

Melihat kepada pendapat-pendapat yang ada di dalam permasalahan ini, kami nyatakan di sini bahawa bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila tibanya 1 Zulhijjah maka disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah selesai dia melakukan ibadah korban tersebut. Ini seperti mana pendapat al-Imam al-Syafi’e beserta ashabnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi’e.

Antara hikmah yang disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka. Ada pendapat yang lemah menyatakan untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaaan ihram di mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain. Wallahua’lam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini:

Tak Perlu ‘Manicure’ Kilatkan Kuku Dengan Bawang Putih ,

Habit Gigit Kuku Boleh Sebabkan Jari Dipotong

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mufti Wilayah Persekutuantwitter

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna