Betul Ke Suami Orang Lebih Menjadi Perhatian Para Wanita?

Sering menjadi masalah dalam hubungan rumah tangga apabila timbul masalah suami orang atau suami sendiri dirampas oleh wanita single atau lebih teruk berstatus janda. Apa yang lebih membimbangkan ia sudah menjadi perkara sinonim dalam kalangan masyarakat kita.

Bukan apa, topik ni menjadi bualan dalam artikel kali ini apabila kami tertarik dengan coretan kapsyen pelakon jelita Rozita Che Wan yang memuat naik gambar dia dan suaminya di akaun instagram miliknya. Antara coretan tersebut adalah…

Makin elok pulak suami aku ni. Tak nak upload gambar dah lah, takut ada yang berkenan. Orang perempuan zaman sekarang diaorang berkenan dengan orang punya atau erti kata lain, suka berebut suami orang,”

Siapa setuju?

Jadi, kami sengaja membuat penilaian di platform instagram tentang isu betul ke perempuan zaman sekarang suka  ambil ‘hak’ orang dan meminta pendapat mereka tentang isu ini. Keputusannya mereka bersetuju. Wah! Betullah Che Ta cakap. Bahaya betul ni.

Kata mereka…

Ada mengatakan mereka bersetuju kerana mereka lebih berpengalaman. Mungkin dari segi membelai hati wanita, memberi perhatian dan pandai menguruskan masa. Bergantung kepada cara wanita itu memandang suami orang.

Malah ada juga memberi pendapat bahawa kerana suka melihat cara mereka melayan keluarga mereka dan mengharapkan bakal suami mereka boleh berikan mereka layanan yang sama tapi tidaklah sehingga menjurus perbuatan untuk merampas suami orang.

Hm, lepas ni kenalah berhati-hati kalau nak kongsi gambar suami di media sosial. Lagi-lagi mana yang muka suami menjadi kegilaan ramai gadis tu. Kita tak tahu apa niat orang, kadang-kadang kawan baik kita sendiri boleh jadi perampas suami kita. Betul tak?

 

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut: 

Bila 13 Tahun Dah Tak Bercinta, Wanita Ini Sanggup Terima Cinta Suami Orang , 

5 Kali Suami Kantoi Curang, Wanita Ini Bertahan Sepanjang 25 Tahun Perkahwinan

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna