Betul Ke Sarang Burung Mampu Beri Wajah Kelihatan Awet Muda?

Minumlah sarang burung ni. Bagus untuk kesihatan tau! Lepastu dia boleh buat muka kita cantik dan awet muda,”

Begitulah ayat ‘free marketing’ dari kawan-kawan atau saudara terdekat kita untuk ajak mengamalkan minuman sarang burung. Tapi anda kena tahu, tak semua sarang burung kita boleh makan, jangan sarang burung pipit pula diambil buat minuman, aduuhhh..

Sarang burung yang diambil adalah daripada spesies burung walit Aerodramus fuciphagus dan Aerodramus maximus. Spesies burung ini boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lain.  Kalau jual dekat negara barat mungkin lagi mahal sebab susah nak dapat sarang burung ni.

Sumber: sarangburungwalet

Sarang burung walit dituai sejak tahun 1878 adalah sarang burung walit dan merupakan sejenis makanan eksotik yang sangat berkhasiat dan popular sejak zaman dahulu lagi terutama dikalangan kaum Tionghua di Malaysia. Kini, penuaian sarang burung walit telah menjadi satu industri perladangan.

Kalau anda semak harga pasaran sarang burung ni boleh mencecah RM3500–RM4500 per kilogram! Mahal bukan? Mana tidaknya, cara penuaiannya mengikut musim dan caranya bukan mudah. Risikonya sangat tinggi. Kena masuk dalam gua dan ambil sarang burung. Kalau tinggi kena panjat, sangat mencabar.

Sumber: borneotoday

Jadi, persoalannya benarkah minuman sarang burung ni dapat beri manfaat pada kesihatan serta mencantikkan kulit wajah? Jom lihat senarai berikut yang kami dapat daripada portal Gua Musang 

  1. Penelitian menunjukkan sarang burung walet kaya asam amino dan antioksidan, dua zat yang dapat melawan radikal bebas.
  2. Sarang burung mengandung 200 glikonutrien yang berfungsi untuk meningkatkan reproduksi dan regenerasi sel-sel tubuh.
  3. Mencegah kanser
  4. Meningkatkan selera makan.
  5. Meningkatkan fungsi jantung.
  6. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
  7. Membantu memperkuat paru-paru dan ginjal.
  8. Mampu menurunkan tekanan darah sehingga juga baik bagi pesakit hipertensi.
  9. Membantu memulihkan dan meredakan berbagai penyakit seperti batuk, asma, influenza.
  10. Pengambilan sarang burung secara rutin dapat membuat kulit menjadi muda dan terlihat lebih cerah.
  11. Bagi ibu hamil, sarang burung juga dapat membantu meningkatkan kesihatan dan antibodi ibu dan janin.
  12. Kandungan kolagen yang tinggi dalam sarang burung mampu membantu produksi Epidermal Growth Factor (EGF) yang boleh mencerahkan kulit sekaligus memberi kecantikan pada wanita.

Sekarang terbuktilah sarang burung ni dapat mengurangkan penuaan pada wajah. Apa tunggu lagi, dapatkan sarang burung murah di Superdeals, klik saja disini!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Masuk Mulut Je Cair, Apa Khasiat Tiram?

Khasiat Buah Mangga Yang Ramai Belum Tahu

 

 

 

 

 

 

Sumber: guamusangdistrictcouncil , majalahsains

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna