Betul Ke Pisang Dapat Elak Dari Dijangkiti Covid-19?

Sudah hampir tiga bulan lebih COVID-19 menjadi trending dan bualan ramai pada setiap hari sehinggakan ada sesetengah negara sudah melancarkan perintah berkurung antaranya Itali dan China.

Di Malaysia pula, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menggesa orang ramai supaya tidak keluar bercuti ke mana-mana, sentiasa menjaga kebersihan, elakkan berada di tempat ramai orang, sentiasa pakai hand sanitizer, cuci tangan dengan betul dan dapatkan rawatan dengan cepat jika mengalami batuk, selsema atau demam untuk mengelakkan diri dari dijangkiti wabak ini.

via GIPHY

Tetapi, masih lagi ramai yang berdegil dengan nasihat ini. Lihatlah baru-baru ini ramai yang menghadiri kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling sehingga menyebabkan bilangan yang terjangkiti wabak ini naik mendadak daripada 238 kes kepada 428 kes.

Ditambah pula para saintis belum berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 membuatkan virus ini lebih mudah tersebar walaupun melalui sentuhan.

via GIPHY

Namun, menurut laporan News, satu kajian dari Universiti Queensland di Australia, mereka telah membuktikan bahawa makan sebiji pisang sehari dapat meningkatkan imunisasi badan dan sukar dijangkiti COVID-19.

Bagi mengukuhkan lagi kenyataan ini, mereka menjelaskan kerana khasiat yang terkandung dalam pisang adalah vitamin C dan vitamin B-6 yang dapat membantu kesihatan jantung. Malah, kandungan air dan fiber juga dapat membantu pencernaan lebih normal.

Jom lihatkan penerangan lebih jelas menerusi video berikut…

Kajian ini hanyalah untuk alternatif tambahan dalam jangka sementara vaksin ditemukan. Bukan bermaksud makan pisang setiap hari, anda tidak boleh dijangkiti COVID-19.

Langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh KKM juga wajib dipatuhi untuk menjauhkan diri lagi dari wabak berjangkit ini dan bersama-sama membantu mengurangkan kes ini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik klik saja senarai artikel berikut:

Topeng Mulut Dah Habis, Efektif Ke Tak Guna Penutup Mulut Kain?

Betul Ke Makanan Tradisional Mampu Rawat & Cegah Koronavirus?

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna