Betul Ke Makanan Tradisional Mampu Rawat & Cegah Koronavirus?

Masih lagi hangat dibincangkan di media sosial tentang isu penyakit berjangkit, koronavirus atau Covid-19. Rasanya semua orang dah tahu betapa bahayanya virus ini dan bagaimana wabak ini merebak dari satu tempat ke satu tempat. Sangat merbahaya dan cepat!

Sehingga kini, Menteri Kesihatan Dr Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman twitter miliknya berkaitan dengan jumlah pesakit yang ada di Malaysia.

Katanya, seramai 4 individu dijangkiti COVID-19 dibenarkan pulang hari ini. Jumlah kes COVID-19 telah sembuh sepenuhnya dan dibernarkan pulang.

Makan kangkung dan mandi…

Tapi, timbul satu kenyataan yang mengatakan kerap mandi dan banyakkan makan kangkung adalah salah satu cara untuk merawat dan mencegah penyakit koronavirus, betul ke?

Sumber: mstar

Jawapan dari pihak KKM

Persoalan ini dijawab oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri menerusi laman Facebook mereka. Apa yang mereka ulas tentang isu ini adalah memang benar makanan yang memberi kesihatan dapat meningkatkan ketahanan badan dalam melawan jangkitan, penyakit dan proses pemulihan.

“Elakkan ada isu kesihatan baru nak makan buah dan sayur atau minuman yang berkhasiat kerana makanan sihat patut menjadi amalan kita seharian. Terutamanya pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang pelbagai warna dapat membantu meningkatkan sistem immuniti badan,” jelas pihak KKM.

Tambah mereka lagi, jangan terus membuat spekulasi tanpa bukti saintifik yang sesuatu makanan boleh merawat penyakit jika anda mengambil sesuatu makanan kemudian sembuh dari penyakit. Jangan pula menyingkirkan sesuatu makanan yang tak terbukti kemudaratannya.

Kesimpulan di sini, tiada kajian yang dapat membuktikan makanan yang disenaraikan seperti yang digembar-gemburkan dapat merawat virus ini. Cuma pihak KKM meminta orang ramai mengamalkan makanan seimbang untuk meningkatkan antibodi. Antaranya adalah…

  1. Minum air secukupnya lebih kurang 8 gelas sehari.
  2. Ambil 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.
  3. Makan secara sederhana, seimbang dan pelbagai berdasarkan piramid makanan.
  4. Kawal kalori dan pelbagaikan nutrien dengan mengamal konsep suku-suku-separuh pada waktu makan utama.
  5. Meluangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Semoga selepas berusaha, kita semua terkecuali daripada terkena jangkitan ini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penawar Koronavirus (COVID-19) Berjaya Ditemui?

Kanak-Kanak Warga China Di Langkawi Pulih Dari Koronavirus

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: KKM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna