Betul Ke Kulit Pisang Boleh Empukkan Daging?

Kebanyakkan daripada kita akan campak sahaja kulit pisang kan? Sebab ramai yang rasa ia sekadar sampah dan tak berguna apa-apa. Sedangkan ada banyak manfaat yang anda boleh dapat daripadanya.

Ia juga kaya dengan nutrisi seperti karbohidrat, magnesium, vitamin B dan juga serat. Demi mengurangkan sisa buangan dalam tong sampah, berikut kami rangkumkan antara manfaat daripada kulit pisang. Mesti lepas ini anda akan teragak-agak nak buang kulit pisang!

via GIPHY

Bahan masakan

Haa, mesti ramai yang terkejut kan. Sebenarnya kulit pisang memang boleh dijadikan bahan masakan. Caranya cuci bersih kulit pisang tersebut dan rebus untuk tempoh 10 minit supaya teksturnya lembut. Setelah itu, bolehlah  kisar menjadi smoothie, atau jadikan sebagai adunan muffin dan sebagainya.

BACA: Betul Ke Pisang Dapat Elak Dari Dijangkiti Covid-19?

Bahan untuk mengempukkan daging

Kulit pisang juga boleh digunakan untuk mengempukkan daging. Caranya, letakkan kulit pisang ke dasar periuk sebelum anda letakkan daging di atasnya. Kulit pisang akan menjaga kelembapan daging yang membuatkanya lembut ketika dimakan nanti.

via GIPHY

Mengilatkan kasut

Lupakan pengilat kasut! Gunakan sahaja bahagian dalam kulit pisang untuk mengilatkan kasut. Buang dahulu serabut yang ada pada kulit tersebut dan sapukan pada kasut kulit. Kemudian lap dengan kertas tisu. Jangan tak tahu, selain kasut, fungsi yang sama juga boleh digunakan kepada perabot rumah.

BACA: Ramai Menyirap Tengok Cerita Baru Korea Ini, Sampai Ada Cuak Nak Kahwin!

Baja semula jadi

Mudah sahaja. Anda cuma perlu benamkan kulit pisang ke dalam tanah pohon. Dengan ini tanaman anda akan mendapat nutrisi yang diperlukan. Selain itu, tumbuhan anda juga terhindar daripada serangan kutu dan haiwan perosak.

Menghilangkan rasa gatal

Kajian daripada sekumpulan pengkaji di Thailand membuktikan ekstrak kulit pisang memiliki sifat anti-inflamasi. Oleh sebab itu, kulit pisang dikatakan dapat mengatasi gangguan kulit akibat gigitan serangga. Kulit pisang juga malah mampu atasi poison ivy yang menimbulkan reaksi alergi.

via GIPHY

Banyakkan manfaat kulit pisang ini sebenarnya? Lepas ini anda fikir masak-masak sebelum buang kulit ke dapat tong sampah. Banyak benda kita boleh lakukan dengan kulit pisang tau!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: IDN Times

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna