Betul Ke Kacip Fatimah Dapat Beri Khasiat Pada Kesihatan Wanita?

Bercakap tentang Kacip Fatimah, perkara petama yang kita fikirkan adalah sejenis ubat menguatkan tenaga batin untuk wanita secara tradisional. Terutama sekali mereka yang baru saja melahirkan anak.

Kononnya untuk mengetatkan bahagian bawah dan cara mengamalkan mengikut amalan nenek moyang kita adalah tumbuhan Kacip Fatimah direbus bersama herba-herba lain kemudian diminum.

Tapi, zaman sekarang ubat tradisional seperti Kacip Fatimah boleh didapati dalam pelbagai jenis persediaan seperti kapsul, tablet atau cecair (teh herba).

via GIPHY

Berkesan ke minum Kacip Fatimah ni?

Tapi, apakah khasiat Kacip Fatimah ini betul-betul beri kesan pada kesihatan dalaman wanita? Menurut satu kajian, keputusan menunjukkan bahawa kacip fatimah mempunyai kesan yang baik untuk mengurangkan tahap nilai triglyceride kerana jika nilai triglyceride ini tinggi kemungkinan anda akan mengalami penyakit jantung.

Secara tak langsung herba ini menjadi phytosupplement yang berguna bagi mengekalkan kesihatan kardiovaskular di kalangan wanita menopaus. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian dapat buktikan Kacip Fatimah berkesan ke atas profil hormon untuk mudah dapat anak atau mudah bersalin.

via GIPHY

Jadi Kacip Fatimah ni bagus ke tak?

Cuma nilai khasiat Kacip Fatimah dapat memulihkan luka si ibu semasa pantang kerana terdapat para pengkaji menjumpai kandungan anti-oksidan dan anti-penuaan dalam Kacip Fatimah. Malah, dengan kandungan tersebut, herba ini juga dapat melancarkan perjalanan kitaran haid wanita.

Walaupun Kacip Fatimah telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak turun temurun, malangnya, tiada data klinikal yang mencukupi bagi menilai keselamatan penggunaan Kacip Fatimah untuk jangka masa yang panjang.

Kesimpulannya, kepada para pengguna dinasihatkan agar merujuk kepada ahli farmasi dan doktor sekiranya simptom penyakit masih berlanjutan atau bertambah teruk selepas pengambilan produk ubat atau makanan minuman yang mengandungi Kacip Fatimah.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

“Hadiah Terindah!” – Wanita Ini Terpilih Menunaikan Haji 2020

Makanan Semulajadi Ini Mampu Naikkan Rangsangan

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: myportalhealth

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna