Betul Ke ‘Gemuk Air’ Lebih Senang Kurus Daripada ‘Gemuk Lemak’?

 ‘’Badan kau ni menggeleber, kendur, rasa lembut-lembut je bila picit. Kau ni gemuk air ni!”

Haa? Gemuk air tu apa? Kalau dah gemuk tu mesti mengandungi banyak lemak. Apa pula kena mengena dengan air. Sebenarnya, Water Retention atau pembendungan air di dalam badan merujuk kepada masalah pengumpulan cecair yang terlampau di dalam saluran darah dan di dalam tisu pada tubuh. Ramai orang panggilnya sebagai gemuk air.

Sebanyak 90 peratus air dalam tubuh berada di dalam salur darah manakala 10 peratus lagi di dalam tisu tubuh. Air yang membentuk darah kita menjadi medium di mana oksigen dan zat makanan larut di dalamnya. Apabila kadar kolagen dalam kulit berkurangan, kulit mula kendur dan menggeleber. Hal ini bukan saja berlaku pada kulit wajah. Ia berlaku pada seluruh tubuh. Lengan akan mula kendur. Payudara tampak jatuh dan mendatar. Pinggang juga mengembang dan kelihatan tidak terbentuk dengan lemak sekitar pinggang.

Sumber Foto: 123rf.com

Pembendungan air di dalam badan merupakan masalah yang dipengaruhi oleh hormon. Maka tidak hairanlah kaum wanita lebih terdedah kepada gejala ini berbanding lelaki. Ini kerana wanita mempunyai hormon yang lebih banyak dan lebih sensitif kepada kandungan air. Keadaan tubuh yang sembab dan penuh takungan air ini dinamakan myexedema. Kelebihan kortisol juga menyebabkan air berkumpul di dalam sel menjadikan terutamanya sel lemak akan membengkak. Belakang leher akan membonjol dan ini dinamakan sebagai buffalo hump. Muka juga kelihatan bengkak dan bulat dan ini dinamakan moon face dalam bahasa perubatan. Kaki juga kelihatan bengkak dan dinamakan Edema.

 

PUNCA GEMUK AIR

Antara punca gemuk air berlaku adalah disebabkan oleh hormon, makanan dan gaya hidup. Ia tidak banyak beza dengan jenis-jenis kegemukan yang lain, cuma jika anda dikategorikan sebagai gemuk air, kemungkinan untuk anda mengurangkan berat adalah lebih mudah dan cepat jika bijak mengawal pemakanan dan melakukan senaman mengikut rutin yang betul.

  • Makanan Tinggi Garam

Sumber Foto: 123rf.com

Tubuh kita gemar memelihara keseimbangan sodium dalam sistem badan, jadi apabila kadar kepekatan sodium meningkat maka lebih banyak air yang disimpan dalam badan bagi membantu mencapai keseimbangan yang sepatutnya. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku pada diri anda, amalkan diet rendah garam dan tinggi potassium seperti pisang. Fokus pada pengambilan buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah satu langkah yang bijak bagi mengawal masalah ini.

  • Tekanan Kehidupan

Sumber Foto: everydayhealth.com

Satu lagi punca gemuk air ialah tekanan atau stres yang berlebihan. Jika anda sering tertekan, ini akan mengakibatkan badan anda menyimpan lebih banyak air. Oleh yang demikian teknik yang harus anda lakukan untuk mencegah masalah ini adalah dengan mempraktikkan langkah-langkah pengawalan tekanan atau stres yang betul.

  • Senaman Intensiti Tinggi

Sumber Foto: Google Image

Perkara seterusnya yang menggalakkan pembentukkan gemuk air ialah senaman berat yang sangat giat atau berintensiti tinggi. Senaman ini akan mengakibatkan banyak trauma terhadap tubuh badan, maka ia akan melalui proses penyembuhan. Apabila inflamasi berlaku, air yang banyak akan disimpan dalam badan sehingga proses penyembuhan selesai. Oleh itu sangat penting untuk wujudkan masa rehat yang mencukupi, dan bukannya membuat senaman berat setiap hari.

  • Terlalu Banyak Fiber Atau Serat

Sumber Foto: skjb.com

Faktor yang perlu anda awasi jika anda mahu mengurangkan gemuk air ialah pengambilan serat atau fiber. Walaupun dengan mengamalkan makanan tinggi serat boleh membantu mengurangkan buncit dan gemuk air dari berlarutan, tapi jika anda keterlaluan dalam pengambilan sayur-sayuran, perkara sebaliknya boleh berlaku. Sekiranya anda mahu meningkatkan jumlah pengambilan sayur-sayuran, anda patut melakukannya secara beransur-ansur.

 

 

 

 

Sumber: pilihsihat.com

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna