Betul Ke Diari Ramadhan Rafique Musim Kedua Kembali Lagi?

Masihkah anda ingat setiap kali tiba bulan Ramadhan pasti anak-anak termasuklah kita sekali akan menanti di hadapan televisyen masing-masing untuk menanti episod baru drama melayu berjudul Diari Ramadhan Rafique sebelum waktu berbuka puasa.

Mana tidaknya, telatah kanak-kanak menerusi drama tersebut ketika bulan puasa amat menggelikan hati. Walaupun sudah lebih sedekad drama ini tidak ditayangkan, jalan penceritaanya masih segar dalam ingatan kita sehingga kini.

Kini, Donna dapat rasakan penantian bulan Ramadhan kali ini akan lebih seronok dengan kehadiran drama melayu yang dinantikan-nantikan oleh orang ramai! Lihat beberapa keping gambar di bawah sebagai teaser untuk drama tersebut.

Belakang tabir Diari Ramadhan Rafique…

Ha, tu baru teaser! Ada juga yang dah mula tweet tentang drama ni. Dan tweet ini berjaya tarik perhatian ramai orang, mungkin kerana ramai rindu dengan telatah pelakon-pelakonnya.

Diari Ramadhan Rafique kembali!!! New season, Ramadhan 2019″

Sejak dari semalam, posting tersebut telah pun meraih hampir 30 ribu retweet. Wah! Ramai betul yang menuggu drama ni. Kalaulah betul tahun ini drama tersebut dikeluarkan pasti akan dapat sambutan yang kaw-kaw!

Ramai pengguna twitter membalas tweet tersebut dengan menulis semula barisan lirik dan skrip dari salah satu watak yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga mereka.

Tengok gambar je dah boleh dengar lagu dia…

Tak sabar pula Donna nak tunggu Ramadhan kali ini sebab Donna pun peminat Rafique!

 

 

 

Sumber: Country UniversalMarr Mohamad

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna