Betul Ke Berat Badan Rendah Boleh Beri Kesan Pada Kandungan?

Malaysia dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, 17.5 peratus rakyat Malaysia menghidap diabetes, 30.3 peratus menghidapi hipertensi dan 47.7 peratus pula mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi,

Dengan masalah peningkatan ini, pihak hospital telah mengambil inisiatif dengan menyebarkan panduan untuk menurunkan berat badan kepada orang ramai. Misalnya membuat poster ataupun iklan. Tidak kurang juga digital portal di internet memberi 1001 panduan memiliki tubuh badan yang sihat dan ideal berpandukan rujukan dari dalam dan luar negara.

Tapi, pernah tak anda terfikir bagaimana pula jika individu yang memiliki masalah kurang berat badan? Apa yang mereka perlu lakukan untuk meningkatkan berat badan? Kalau makan saja tapi masih lagi berat badan tidak naik,  macam mana pula tu? Hm, banyak persoalan dalam kepala Donna dan Donna yakin, dalam kepala pembaca-pembaca Donna pun timbul persoalan seperti ini.

Jangan risau, seorang doktor telah menjawab persoalan di atas dengan membuat perkongsian di akaun twitter miliknya, @jazlinasyahrul.

Antara panduan yang diberikan…

Namun, di sebalik memiliki tubuh badan yang kurus dan ramping sehingga jumlah berat badan bacaan BMI di bawah paras ideal, jangan fikirkan golongan ini tidak perlu risau tentang masalah kesihatan kerana tubuh badan yang terlalu kurus juga boleh memberi kesan sampingan. Misalnya, ketika mengandung.

Selalu kita dengar berat badan kurang adalah salah satu punca sukar mengandung dan mudah mengalami keguguran. Apakah ia benar atau mitos semata? Donna pun, tanpa melengahkan masa terus bertanya kepada Doktor Jazlina Syahrul berkenaan isu ini. Soalan dan jawapan yang diberikan, seperti di bawah.

Jawapan daripada Doktor Jazlina di kukuhkan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Hamil iaitu Doktor Muhammad Izzat Abdul Razak yang mengatakan berat badan yang terlalu kurus atau kurus boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Bagaimanapun, menurut perbincangan sebuah akaun twitter Medik TV cara sihat untuk tambahkan berat badan adalah gantikan apa-apa makanan yang mengandungi bebas lemak kepada makanan yang rendah lemak.

Hal ini kerana, bila makanan rendah lemak mampu menaikkan berat badan serta memberi anda kesihatan. Contohnya, minum susu dan biskut gula waktu sarapan atau pun kuih-muih tradisional.

Seterusnya, anda perlu menambahkan jumlah kalori lebih banyak daripada sebelum ini dan pastikan kalori tersebut ditambah pada makanan harian anda. Menurut sebuah portal, wanita memerlukan 1600-2000 kalori sehari.

Contoh makanan yang mempunyai kalori tinggi dan sihat adalah jus buah-buahan, kekacang, susu atau pun salad yang ditambah dressing seperti mayonis atau sos thousand island kerana hasilnya  sama sahaja seperti menikmati sebiji burger. Jika memang ingin makan secara sihat, cukup makan sayurannya tanpa dressing.

via GIPHY

Yang penting, elakkan makan makanan ringan kerap kerana rutin pemakanan makanan ringan dapat memberi kesan buruk kepada badan.

Akhir kata, pastikan berat badan kita ideal sebelum mengandung demi kesihatan bayi. Takkan nak si manja mengalami komplikasi ketika tumbesaran mereka? Usahakan yang terbaik untuk si manja. Selamat meng-ideal-kan berat badan anda.

 

 

 

 

Sumber: iKlik ,  twitter Dr. Jazlina Syahrul

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna