Betul Ke Aura Ibu Tunggal Mampu Pikat Lelaki Bujang?

Cuba anda tanya mana-mana lelaki, antara janda atau anak dara yang mana satu pilihan idaman hati? Mungkin soalan tersebut mudah untuk dijawab dan berkemungkinan ramai yang lebih cenderung untuk memilih anak dara sebagai pasangan hidup. Mesti lah nak yang ‘fresh’ katanya!

Tapi cuba anda lihat zaman sekarang ini wanita janda atau balu mempunyai aura luar biasa sebagai contoh cuba anda lihat pasangan sehati sejiwa iaitu Rozita Che Wan dan suaminya iaitu Zain Saidin. Itu baru namanya cinta tak mengenal usia, walaupun mereka mempunyai jarak umur yang berbeza namun ia bukan penghalang untuk mereka bersama. Agak-agaknya apa yang membuatkan lelaki bujang boleh terpikat dengan ibu tunggal ye?

Kalau nak tahu jom lihat perkongsian di bawah!

Image result for aura ibu tunggal"

Sumber: baituljannah 

Daya Penarik

Ini bukan attention seekers tau! Tetapi wanita yang bergelar ibu tunggal ni mempunyai daya penarik yang berbeza berbanding dengan wanita bujang. Ini kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu bergaya mengikut kesesuaian seperti apa lelaki mahukan. Bukan itu sahaja, mereka ni juga lebih mahir untuk pandai mengambil hati pasangan dengan wajah yang manis.

Sangat Memahami

Kalau nak dibanding dengan anak dara dan janda, pasti lelaki ramai yang memilih wanita ini kerana mereka lebih memahami berbanding dengan anak dara. Jika ada perkara yang berlaku mereka bukan sahaja dapat menyejukkan hati pasangan malah wanita yang bergelar ibu tunggal ni mempunyai sikap yang lebih mendengar kata.

Image result for aura ibu tunggal"

Sumber: baituljannah 

Berpengalaman

Bagi lelaki bujang, pengalaman itu penting! Haa jangan fikir pengalaman pasal malam pertama je, tapi ia dalam aspek menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak.

Tidak Jual Mahal

Mungkin anak dara ni agak ‘jual mahal’ untuk melayan lelaki bujang berbanding wanita ini. Ibu tunggal lebih mempunyai sifat untuk memudahkan usaha orang lelaki dan memberi peluang untuk menjadikan mereka sebagai pasangan hidup dan menjaga anak-anak dengan baik.

Jadi mungkin ini sebab-sebabnya mengapa ramai lelaki bujang yang tertarik dengan ibu tunggal, ehem yang anak dara tu jangan kecil hati pula kerana percayalah setiap lelaki mempunyai citarasa dan pandangan tersendiri terhadap wanita tidak kira apa jua status anda.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Nak Pakai Fake Eyelashes Pun Kena Tahu Caranya, Jangan Main Letak Je!

 

 

 

 

 

Sumber: baituljannah 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna