Betul Ke Ada Kesan Buruk Bila Ambil Vitamin C Terlalu Banyak?

Musim wabak berbahaya COVID-19 ni macam-macam ubat dan tip pencegahan kita dengar dan baca dari media sosial. Waktu ni la peniaga akan ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menjual ubat-ubatan yang belum tahu sejauh mana keberkesanannya.

Tapi, ada sesetengah doktor memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengambil makanan vitamin C supaya dapat meningkatkan imunisasi tubuh badan.

via GIPHY

 Vitamin C terlalu banyak ada kesan buruk?

Sekaligus mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19 cuma jangan terlalu banyak sangat ambil vitamin C sebab akan timbul kesan buruk. Eh? Biar betul ni.

Fakta ini dijelaskan oleh seorang doktor perubatan bahagian Jabatan Kecemasan, Doktor Sazwan Reeza tentang  cara pengambilan vitamin C yang sebenar menerusi akaun twitter miliknya.

Penerangan dari doktor…

Menurutnya, mana-mana individu yang mengambil vitamin C melebihi dos yang sepatutnya akan berisiko mendapat batu karang di buah pinggang.

Satu jenis buah sehari…

Malah, doktor tersebut meminta orang ramai untuk mengambil gizi ini cukup dengan satu jenis dalam sehari dan dia turut kongsikan 10 jenis buah yang mempunyai banyak kandungan vitamin C.

Sebenarnya bukan 10 jenis buah dan sayuran ni je tapi ada lagi banyak antaranya pisang, tembikai, nenas, bijirin dan banyak lagi.

Oh ya! Sebelum tu nak diingatkan kalau ada di antara kita mengambil suplemen vitamin C, pastikan dapat nasihat dari doktor terlebih dahulu. Jangan ikut sukahati telan je pil-pil vitamin C. Jika tidak, buah pinggang anda akan mengalami kerosakan, nak ke?

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Beri Si Manja Snek ‘Fruit Pops’ Untuk Zat Vitamin C

Elak Pembaziran, Ambil Tahu Siapa Yang Sepatutnya Pakai Face Mask

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna