Bestnya! Mandi Bersama Pasangan Boleh Hilangkan Stres

Aktiviti mandi manda bersama pasangan boleh menjadi aktiviti yang meningkatkan kemesraan intim yang amat menyeronokkan.

Pernah dengar tak orang kata air mampu memberikan ketenangan kepada manusia dalam kehidupan. Orang cina sangat menyukai elemen air kerana dikatakan mempunyai ‘feng shui’ yang baik. Sebab itu boleh dikatakan semua pusat terapi atau spa menggunakan fungsi air yang pelbagai sebagai cara untuk meredakan stres pelanggannya seperti bunyi deruan air, pemasangan kolam air mini atau memiliki akuarium ikan di premis mereka. Ia dapat menimbulkan ketenangan dalam diri, oleh itu cuba masukkan aktiviti air ini dalam perhubungan anda sebagai pemangkin menghangatkan hubungan intim yang lebih menyeronokkan. Mandi bersama-sama dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi rasa kasih sayang suami isteri. Bayangkan dalam suasana berdua-duaan dalam satu tempat mandi, sama-sama membelai sambil memandikan pasangan. Wow, memang hangat hari anda berdua hari itu.  Segala tekanan yang mengganggu dan tubuh badan yang memenatkan dek tugas yang anda dan pasangan pikul sehari suntuk pasti hilang sekelip mata.

MANDI AIR SUAM TERAPI UNTUK TENANG?

via GIPHY

Air suam boleh membantu menyalurkan tenaga sihat ke dalam tubuh selepas seharian bekerja dengan mengembalikan daya kekuatan yang lesu akibat kesibukan sepanjang hari. Apabila badan anda lesu, sudah tentu anda tiada mood langsung untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan, jadi tujuan anda bersiram menggunakan air suam bersama pasangan adalah untuk melonggarkan semua sel-sel kepenatan agar kembali segar dan bertenaga. Tetapi jangan mandi terlalu lama jika menggunakan air suam, cukup sekadar 20 minit sahaja setiap sesi agar badan tidak kecut. Jika mahu berendam pula pastikan tidak terlalu lewat malam dan tiada gangguan daripada anak-anak. Pasang muzik perlahan yang menenangkan fikiran ketika berendam agar keadaan lebih damai. Sambil mandi bersama, berikan sedikit sentuhan kepada pasangan seperti mengurut lembut pangkal leher, cuci rambut atau menyental lembut tubuh badan menggunakan sabun agar hubungan lebih erat.

TIP KURANGKAN TEKANAN KETIKA MANDI

  • Paling utama beritahu pasangan bahawa anda sangat stres. Minta bantuannya untuk mengurangkan tekanan anda dengan mengajaknya mandi bersama setelah pulang bekerja nanti. Sekurang-kurangnya, mungkin pasangan boleh bersiap sedia terlebih dahulu seperti mencukur bulu-bulu manja yang terdapat di tubuh badan atau menyental terlebih awal bau ketiak serta celah-celahan di kaki.
  • Cari masa dan waktu yang sesuai untuk mandi bersama pasangan. Jika mempunyai anak, beri mereka bermain permainan video sebentar atau aktiviti yang membolehkan mereka tidak mengganggu anda berdua dalam masa setengah jam. Lebih selamat jika biarkan anak-anak di rumah pengasuh atau taska seketika. Apa salahnya keluarkan sedikit upah bayaran tinggal lebih masa agar anda dan pasangan mendapat nikmat yang optimum. Pasti berbaloi!

Sumber Foto: alamy.com

  • Letakkan sedikit wangian lavender ke dalam mandian suam. Jika mahu buih, letakkan buih sabun. Sekiranya anda tidak mempunyai tab mandi atau jakuzi, sebaldi air suam bersama haruman lavender juga boleh membantu. Segala haruman yang wangi pasti membangkitkan ghairah sekaligus meredakan tekanan.
  • Urut dengan lembut keseluruhan tubuh badan pasangan bermula daripada rambut sehingga ke kaki. Untuk sentuhan lebih lancar dan licin, boleh gunakkan sedikit sabun.

Sumber Foto: cosmopolitan.fr

  • Lupakan masalah, jangan bercerita mengenai hal-hal pejabat yang merumitkan. Fokus dengan apa yang anda berdua lakukan. Tidak salah untuk anda terus ke aktiviti lain selain mencuci diri seperti melakukan hubungan seks di dalam kamar mandi. Sememangnya itu tujuan sebenarnya kenapa anda dan pasangan perlu kerap mandi bersama.

Sumber Foto: google image

  • Bantu si dia dengan memicit sedikit bahagian kaki seterusnya ke seluruh tubuh badan. Sekiranya selesai, pasangan anda juga boleh melakukan perkara yang sama kepada anda. Kemudian saling siram-menyiram air suam ke atas tubuh dan saling menggosok lembut badan dengan sabun.
  • Akhir sekali, lap tubuh pasangan dengan lembut. Jalan sambil berpelukan atau berpegangan tangan. Teruskan perasaan bahagia itu sehingga waktu makan malam atau menonton televisyen bersama. Pastinya, segala stres yang melanda anda akan hilang pada waktu tersebut. Selamat mencuba!

 

 

Sumber: bicarawanitaNur Mukmin Spa

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna