Bertuah Si Suami, Isteri Hadiahkan Kek Laksa Sempena Hari Jadinya

 “Selamat Hari Jadi Sayang”

Wah-wah kalau sambutan hari jadi je mesti kek dan lilin menjadi benda wajib yang kena ada, agar ianya menjadi lebih bermakna kepada seseorang yang diraikan. Bila takda ada kek ni rasanya tak lengkap kan? Tapi bukan semua yang suka kek betul tak, iyalah rasanya yang manis dan berkrim membuatkan anda akan rasa muak jika makan dengan kuantiti yang banyak.

Related image

Sumber: bbc

Haa disebabkan itu beberapa hari lepas tular apabila seorang isteri memuat naik posting di Facebook kerana menggantikan kek hari jadi suaminya dengan laksa. Memang kreatif habis kan! Ramai netizen kagum dengan idea kreatif kerana menghias laksa dengan salad dan timun seakan-akan bentuknya seperti kek untuk kelihatan lebih menarik.

Menurut Lizz, suaminya memang ‘hantu laksa’ jadi jika beli kek pun suaminya akan cubit sedikit sahaja untuk menjamah. Fikir punya fikir, maka tercetuslah idea untuk buat ‘kek laksa’. Baginya itu sahaja yang dia mampu sebagai seorang suri rumah untuk membuat kejutan dengan harapan dapat gembirakan hati dan perut suaminya.

Image result for kek laksa

Sumber: awani

Bukan itu sahaja, paling ‘sweet’ sekali apabila Lizz meletakkan tanda Happy Birthday  di atas himpunan laksa dan sedia menanti kepulangan suaminya pulang dari kerja. Alahai, seronoknya bertuah si suami bila dapat isteri yang memahami citarasa pasangan.

Jadi bagi anda di luar sana, tak semestinya nak meraikan pasangan hanya di tempat mewah dan kena berbelanja lebih. Asalkan anda tahu apa yang mereka suka, sudah cukup untuk buat si dia tersenyum. Apa kata anda kongsikan kepada Donna hadiah kreatif apa yang anda lakukan untuk pasangan.

Keyword: Donna X Tulus

Artikel menarik lain:

Beruntung! Bapa Hadiahkan Anak Perempuan Berlian RM57 Juta

 

 

 

 

 

Sumber: amazing 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna