Bertenang Netizen! Ini Bukan ‘Lockdown’ Tapi Perintah Kawalan Pergerakan

Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara,”

Itulah antara baris yang dipetik ketika ucapan peruntukan khas daripada YAB Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Malah, beliau turut menyenaraikan beberapa keputusan yang dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Namun, sejak petang semalam orang ramai dah pun panik sebelum Perdana Menteri memberitahu ucapan penuh.  Lihatlah gambar yang tular di bawah, rak di kebanyakan pasaraya besar kelihatan kosong, Kononnya untuk stok waktu perintah dijalankan dan lebih mengejutkan lagi ada yang memborong sampai tiga troli!

Sumber: trendsmap

Sebenarnya, kalau dengar dengan teliti apa yang diumumkan Perdana Menteri semalam, ia bukanlah perintah berkurung tetapi satu bentuk langkah untuk menjarakkan hubungan sosial yang bertujuan menurunkan jumlah kes untuk merendahkan lengkung (jangkitan) wabak COVID-19.

Menurut Dr Dzulkefly kepada sebuah portal, ini bukan perintah berkurung kerana apabila perintah berkurung dijalankan semua orang tidak dibenarkan untuk keluar rumah mahupun keluar untuk membeli makanan.

“Ungkapan yang paling baik bagi perintah kawalan pergerakan adalah elak aktiviti sosial dan sebagai pengerusi pasukan petugas khas Covid-19 di Selangor, saya setuju atas semua usaha ini. Ia selaras dengan usaha mengelakkan aktiviti sosial,” katanya.

Sumber: thestaronline

Bagaimanapun, kalau ada mana-mana pihak yang melanggar perintah kawalan pergerakan ini bermula 18 Mac ini, mereka akan dikenakan tindakan. Antaranya…

  1. Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan pertama di bawah akta ini, boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau didenda atau kedua-duanya.
  2. Kesalahan kedua, boleh dipenjara tidak melebihi lima (5) tahun atau denda atau kedua-duanya. Bagi kesalahan berterusan, didenda tidak melebihi RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan berterusan.
  3. Kompaun kesalahan: Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai awam diberi kuasa secara bertulis boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah akta ini dengan mendapatkan daripada pesalah itu sejumlah wang yang tidak melebihi RM1000.

Kepada orang ramai diminta untuk tidak mudah melatah dengan apa yang dikhabarakan oleh netizen menerusi laman media kecuali dari sumber yang sahih.

Chill… Kita masih boleh keluar cuma sebaiknya kita hadkan untuk urusan yang betul-betul urgent saja. Nak beli barangan dapur basah dan kering pun boleh je lagi. Tak perlu panic buying, beli sekadar cukup untuk keluarga okay?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ini Persediaan Yang Kena Buat Kalau Malaysia Isytihar ‘Lockdown’

Penawar Koronavirus (COVID-19) Berjaya Ditemui?

 

 

 

 

Sumber: malaysiakini

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna