“Bertahanlah Wahai Anakku…” – Bayi 4 Bulan Menghidapi Kanser Tahap 4

Sebelum ini rakyat Malaysia digemparkan dengan berita penderitaan yang ditanggung oleh adik Ainul Mardhiah yang menghidapi ketumbuhan di bahagian mulut seberat 200 gram. Kini, si kecil Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham pula menjadi perbualan netizen apabila difahamkan menghidapi penyakit kanser tahap 4.

Penderitaan adik ini mendapat perhatian orang ramai apabila penyanyi terkenal tanah air, Dato’ Siti Nur Haliza repost posting ibu kepada Kyfa iaitu Khairiah Kamarudin untuk meminta orang ramai memberi masa sedikit mendoakan kesihatan bayi kecil ini.

Apa yang lebih menyayat hati kami lagi, adik Kyfa mengalami Apnoea di mana individu kerap berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih ketika tidur. Disebabkan adik Kyfa mengalami sebanyak 8 kali dalam masa satu jam, doktor menasihatkan bayi kecil tersebut Intubated Ventilation (bernafas menggunakan bantuan mesin).

Memilukan lagi apabila Khairiah Kamarudin meluahkan isi hatinya menerusi satu posting Instagram. Katanya dia berasa sedih melihat keadaan anaknya terbaring kaku tidak seperti kanak-kanak normal yang sepatutnya sedang bergelak tawa seronok diagah. Namun, sebaliknya pula terjadi pada anaknya yang baru berusia 4 bulan.

Bagaikan ada batu yang menghempap dada…

“Bagaikan ada batu yang menghempap dada dan seakan-akan dunia gelap seketika selepas mendengarkan pejelasan doktor yang merawat adik. Mummy harap adik boleh bertahan, mampu bernafas sendiri tanpa mesin bantuan pernafasan dan mampu melawan kanser. Kami mendoakan adik…”

Redha…

Jika kita meminta dirinya untuk bersabar dan bertabah mungkin sudah lali bagi si ibu. Tidak semudah bicara bagi yang sedang menghadapinya. Baru-baru ini Khairiah memuat naik sekeping gambar yang tertulis “Redha satu perkataan yang senang dilafazkan tetapi tak semudah untuk dilaksanakan,”.

View this post on Instagram

😭😭

A post shared by Khairiah Kamarudin (@kheriy_khairiah) on

Harapnya kedua ibu bapa adik Kyfa kuat mengharungi ujian besar ini, percayalah hikmahnya juga amat besar. Doa kami  untuk kesembuhan adik Kyfa sentiasa bersama.

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja artikel berikut: Keadaan Terkini Adik Ainul Mardhiah Selepas Buang Tumor 200 gram , 10 Simptom Kesihatan Kanak-Kanak Yang Anda Perlu Peka

 

 

 

 

 

Sumber: instagram khiriah kamarudin

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna