“Bersyukur Aku Di Malaysia” – Cuba Lihat Cara Negara Luar Perangi COVID-19

Laporan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada lewat petang 9 April semalam, seramai 1608 pesakit COVID-19 berjaya disembuhkan oleh doktor perubatan sekaligus menjadikan negara Malaysia antara paling tertinggi jumlah pesakit sembuh di seluruh Asia.

Kalau kita lihat sekarang ni, Malaysia boleh dikatakan antara negara yang berjaya mengawal penularan wabak berbahaya ini berbanding negara maju, hebat dalam teknologi dan perubatan yang lain. So proud of Malaysia!

Buktinya, jom kita lihat thread dari seorang pengguna twitter, Halim Osman yang menerangkan secara dasar cara negara luar perangi COVID-19 ni.

USA

Negara USA yang kononnya hebat dalam segala aspek tapi akibat wabak berjangkit COVID-19, barisan hadapan mereka sudah penat menandingi kes ini. Bayangkan kini negara mereka sudah mencapai sebanyak 368 ribu kes dan tak mustahil dalam beberapa minggu mereka boleh capai 500 ribu.

Eropah

Kerajaan Eropah kini mula sedar walaupun negara mereka mempunyai ramai pakar dalam segala bidang tapi disebabkan sikap degil sesetengah rakyat mereka, akhirnya barisan hadapan lumpuh hingga menyebabkan ribuan pesakit mati hampir setiap hari. Bayangkan bagaimana mereka nak bangun semula?

Sumber: ismaweb

India

Kalau kita lihat keadaan negara India di media sosial, memang dah macam drama. Polis memang tak tunggu apa, mereka terus sebat, rotan, penampar, sepak sesiapa saja yang keluar rumah. Kuarantin fasiliti mereka? Toilet awam negara kita 10 kali lebih cantik. Bayangkanlah!

Indoensia

Indonesia tengah melonjak naik dengan highest death in Asean. Dah almost 200 death. Mostly doktor & nurse. Nurse sampai kena halau dari rumah sewa sebab takut bawa balik penyakit. Katanya by July akan sampai 100k kes. Sedihnya. Tengok video, dah ada yang pengsan di tepi jalan.

Sumber: fmt

Filipina

Sekarang negara mereka dalam keadaan kritikal tapi tak tahu tahap kritikal yang bagaimana, tapi apa yang pasti presiden mereka sendiri akan tembak siapa saja yang langgar perintah arahan.

Vietnam

Dengan segala kekurangan, pesakit di negara Vietnam pesakit kuarantin dalam pondok mengkuang. Bayangkanlah fasiliti di sana kalau tempat letak pesakit Vietnam pun dalam pondok. Negara kita ni, hospital masih mampu lagi menampung pesakit untuk diletakkan mengikut kategori.

Thailand

Negara Thailand terus lockdown tanpa ada berperingkat dan di sana keadaan lagi ketat dari Malaysia. Di negara kita boleh lagi pergi ke pasar raya dan masak masakan kegemaran kita, mereka di sana terus lockdown!

Sumber: nst

Lihatlah negara kita pula, pihak polis masih boleh bertolak ansur, para doktor dan jururawat kita jaga sebaik mungkin dengan memberikan bantuan makanan dan kemudahan lain.

Tidak lupa juga bahagian NGO turut giat menyumbangkan makanan serta menjaga kebajikan di kawasan masing-masing. Kerajaan pula bagi pelbagai daripada sumbangan dari segi kewangan sehinggalah internet.

Sekarang ni pesakit COVID-19 sembuh makin meningkat dan menunjukkan tanda yang sangat positif.  Apa yang penting sekarang ni sama-sama fikir bagaimana nak bagi terbaik untuk negara kita sendiri dan bangun semula selepas penularan wabak ini.

Itulah coretan ringkas dari Halim Osman. Harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mengubah mentaliti sesetengah rakyat yang degil dan tidak bertanggungjawab.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tengah Sibuk Dengan COVID-19, 200 Pelarian Rohingya Pula Ceroboh Masuk Malaysia

Akan Diasingkan! Perdana Menteri Israel Takut Dijangkiti COVID-19

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna