Bersepah Kes Cerai, Tapi Pasangan Artis Ini Masih Kekal Dengan Momentum Bahagia

Perasan tak sejak kebelakangan ni banyak artis-artis tempatan mengalami keretakkan rumah tangga sampai bercerai-berai? Rasanya dalam masa terdekat ni sahaja hampir 4 pasangan yang kini menjadi bualan netizen. Hm..malaslah Donna senaraikan siapa mereka, anda sendiri dah tahu. Kecoh di seluruh media sosial.

Yang masih lagi bujang dan dalam perjalanan meniti ke alam perkahwinan mesti rasa takut kalau mahligai yang didirikan terputus di tengah jalan. Janganlah fikir macam tu, buang mana keruh dan ambil yang jernih. Di sebalik cerita-cerita penceraian yang kita dengar dan baca ni, sebenarnya masih lagi wujud pasangan yang sedang mengecap kebahagiaan rumah tangga walaupun sudah bertahun-tahun hidup bersama sebagai suami isteri.

via GIPHY

Jangan ingat dalam perkahwinan tiada yang manis, ada sebenarnya. Ia bergantung pada diri kita sama ada untuk memilih bahagia atau pun tidak. Kita ambil contoh artis-artis tempatan yang masih lagi kekal bahagia bersama pasangan walaupun dah beranak-pinak dan mengharungi pelbagai jerih-perih ujian yang mendatang. Antaranya…

Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Dato’ K (13 tahun)

Siapa je tak tahu dengan kisah perjalanan penyanyi nombor satu negara ni sebelum menimang cahaya mata kan? Kepada yang sentiasa mengikuti kehidupan Tokti, pasti tahu kisah perit dan usaha dirinya untuk dapatkan zuriat. Dengan kesabaran dan doanya, Allah kurniakan mereka, si comel pipi merah, Siti Aafiyah.

Fattah Amin & Fazura (3 tahun)

Sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi, hubungan mereka ditentang ramai sampai menimbulkan pergaduhan tapi, mereka tidak pedulikan mulut netizen. Apa mereka fikir adalah hati dan dunia mereka saja. Asalkan mereka rasa bahagia, itu sudah mencukupi. Walaupun usia perkahwinan masih muda, namun pasangan ini dilihat bahagia bersama sehingga kini. 

Siti Sarah & Shuib Sepahtu (8 tahun)

Siapa yang mengikuti perkembangan mereka menerusi Instagram Sarah dan Shuib pasti tahu bagaimana mereka berdua bergurau atau bergaduh mulut. Tapi, mereka berdua melengkapi kelemahan sesama sendiri dan bertolak ansur. 

Jep Sepahtu & Sari Yanti (3 tahun)

Walaupun Jep di set penggambaraan Sepahtu suka mengusik banyak artis jemputan dengan ayat manis tapi hatinya untuk isterinya seorang, Sari Yanti. Malah, menerusi Instagram milik Sari sering menunjukkan Jep sering membantunya melakukan kerja-kerja rumah. Moga berkekalan ye.

Hanis Zalikha & Hairul Azreen (4 tahun)

Pasangan Hanis dan Hairul ni tak perlu Donna cerita lebih lanjut. Rasanya anda dah tahu menerusi laman Instagram Hanis. Mereka saling bantu dan hargai satu sama lain walaupun momen sweet-sweet mereka jarang mereka tunjuk pada orang.

Sekarang ni, cinta sejati bukan dari segi duit atau rupa saja tapi pilihan masing-masing sama ada nak bersikap jujur atau tidak, setia atau tidak bila dengan pasangan. Dalam rumah tangga ni perlu ada banyak pengorbanan, bukan cinta dan sayang semata. Semoga mereka yang nak berkahwin, tak takut untuk road to halal relationship.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna