Bersalin Koyak Hingga Ke Dubur! Doktor Pakar Ini Menerangkan Konsep Jahitan

Pengalaman pertama melahirkan anak bagi setiap wanita ternyata berbeza. Ada yang mudah selepas beberapa push, ada juga yang mengambil masa berejam lamanya untuk mengeluarkan anak. Apa pun situasinya, ia bergantung kepada kekuatan dan teknik setiap wanita itu ketika bertarrung dengan dua nyawa.

Bagi yang berpeluang melahirkan anak secara normal, koyakkan di bahagian lubang faraj adalah sesuatu normal kerana lubang yang lebih besar diperlukan untuk mengeluarkan bayi. Koyakkan juga berbeza, ada yang besar sehingga ke dubur, ada juga yang kecil bergantung kepada saiz bayi masing-masing.

Sumber: internet

Bila dah koyak, kenalah jahit kan? Oleh itu, seorang Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak tampil memberitahu kepada orang ramai di akaun twitter miliknya bahawa setiap koyakkan mempunyai jahitan yang berbeza.

Katanya, koyakkan selepas bersalin mempunyai empat tahap iaitu…

  1. Tahap pertama luka yang sedikit
  2. Tahap kedua melibatkan otot bahagian dalam tapi tidak melibatkan otot injap pada lubang dubur
  3. Tahap ketiga koyakkan melibatkan otot injap dubur
  4. Tahap keempat koyakkan yang teruk sehingga menyentuh bahagian dalam dubur yang dalam.

Yang susah-susah doktor yang jahit…

Rentetan itu, doktor Izzat menerangkan pula cara menjahit bahagian faraj jika si ibu mengalami koyakkan yang teruk iaitu pada tahap tiga dan empat. Dari keterangan Doktor Izzat, tahap yang teruk, para misi (nurse) tidak berani untuk menjahit sendiri kerana takut bakteria tersebar sehingga mengalami jangkitan.

Koyakkan pertama kena bagi bius juga…

Walaupun koyakkan tahap pertama dan kedua tidak seteruk tahap ketiga dan keempat, si ibu perlu juga diberikan bius untuk mengelakkan rasa sakit. Tidak cukup dengan itu, doktor Izzat kongsikan beberapa jenis jahitan iaitu tulang belut, sembat susup, jahitan guna, jahitan guni dan lain-lain.

Kalau vagina muka macam anak si bahenol tu, lain dah…

Akhir sekali, doktor tersebut turut membuat ayat lucu sebelum mengakhiri perkongsiannya.

Moga-moga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu atau bakal ibu agar lebih bersedia untuk proses kelahiran bayi masing-masing ya? Tidak kira walau sebesar mana pun koyakkannya, yang penting adalah berpantang dengan betul.

 

 

Sumber: twitter Dr Muhammad Eizat

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna