Bersahur Dengan Lauk Lebihan Semalam, Sihat Ke?

Pernah tak anda sampai sahaja di tempat kerja, mula lah perut memulas. Kalau musim Ramadan ni, kebiasaanya bila makanan yang tidak habis ketika berbuka anda akan simpan lebihan tersebut ke dalam peti ais dan panaskan untuk makan semula. Mungkin bagi anda cara itu menjimatkan dan tidak perlu fikir untuk nak makan apa bila bersahur nanti. Tapi elok ke cara tu ye?

Related image

Sumber: self

Sebenarnya ramai yang tidak tahu makanan boleh bertukar menjadi racun jika dipanaskan, tambah pula jika dilakukan berulang kali. Mesti terdetik dalam hati bila tengok makanan yang tidak habis ‘sayang kalau nak buang’, nak elak makanan tu basi anda pun panaskannya sehingga lauk tu habis. Ingat, walaupun tiada perubahan rasa atau warna tapi makanan tersebut boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan anda.

Related image

Sumber: yours

Ayam, telur, ubi kentang dan cendawan harus disimpan dalam suhu yang betul dan dipanaskan semula dengan suhu yang sesuai. Ini kerana jika anda sudah melepasi tempoh penyimpanan ia akan menyebabkan keracunan. Tindak balas daripada bakteria serta campuran rempah dan bahan yang ada pada makanan boleh menjadi penyebab kepada gelaja cirit birit dan muntah.

Image result for cook small portion of rice

Sumber: martha

Haa kalau tak nak bazir, apa kata anda masak dalam kuantiti yang sedikit. Kalau pergi bazar jangan ikut nafsu, tak pun anda boleh klik di sini untuk baca artikel cara berjimat ketika di bazar. Biarlah makan bersederhana, janji makanan tu tak jadi racun. Semoga bermanfaat!

Sumber: wanista

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna