Berperang Dengan Biras! Lebih Rumit Bila Hati Tak Sebulu

Makan hati dengan mertua, perkara yang tidak mustahil berlaku sebaik sahaja anda melangkah ke alam rumahtangga.  Tapi macam mana pula kalau anda dengan ipar duai tak sebulu? Jika masalah dengan  mertua pun anda sudah pening, ni kan pula kes dengan biras pasti membuatkan ia bertambah complicated!

Image result for friends quarrel

Sumber: euro

Biasalah bila suami anda mempunyai adik beradik yang ramai pasti banyak ragamnya. Jangan sampai bercerai! Banyak kes perselisihan faham antara ipar duai yang akhirnya memberi kesan kepada rumahtangga anda. Bukan itu sahaja, jika anda sudah lama berasa hati dan pendam perasaan demi menjaga hubungan pasti akhirnya anda akan hilang sabar. Jaga-jaga!

Related image

Sumber: anxiety

Kadang-kadang yang tunjuk perangai bukannya yang muda tetapi yang sudah berumur. Keadaan bertambah buruk bila ada yang cuba menjadi ‘jarum’ untuk mengeruhkan lagi keadaan. Lagi bahaya apabila mereka mula berpakat dengan ipar duai yang lain dengan menceritakan keburukan anda kepada mertua.

Image result for perempuan mengumpat

Sumber: herba prima

Jangan kerana mulut, pecah belah rumahtangga orang. Bagi anda dan pasangan sekiranya berlaku apa-apa masalah disarankan untuk tidak bercerita atau berbincang dengan ipar duai, sebaiknya anda ambil masa untuk berbicara bersama suami anda terlebih dahulu. Dalam kehidupan tiada siapa yang menang atau kalah, anggaplah biras anda seperti adik beradik dan terima mereka seadanya. Setiap kebaikan yang anda lakukan, pasti akhirnya akan di balas dengan perbuatan yang baik juga.

 

 

 

 

Sumber: wanita

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna