Berpakaian Seperti Diraja, Netizen Samakan Schawal Dengan Kate Middleton

Penampilan terbaru pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ketika mereka menghadiri sebuah fashion show dari pereka baju terkenal iaitu Rizalman yang bertemakan Konsep Diraja Inggeris di Chin Woo Hall, Kuala Lumpur menarik perhatian ramai.

Menerusi laman instagram pelakon Awan Dania, dia telah berkongsi beberapa keping gambar bersama suaminya yang berpakaian ala-ala kerabat inggeris. Fuh! Bila tengok memang merecik pasangan sejoli ni. Penampilan mereka tak pernah tak on point!

Baru saja memuat naik gambar selama 3 jam, posting tersebut telah mendapat lebih kurang 34 ribu likes dan seperti biasa ruangan komen dipenuhi dengan komen netizen.

Rata-rata netizen memuji penampilan mereka berdua dan turut samakan mereka dengan kerabat diraja British iaitu Kate Middleton dan Putera William. Wow! Setaraf kerabat diraja dah Scha dengan Awal ni.

Dah macam Kate & William versi Malaysia…

Kalau sekilas pandang, Scha dan Awal memang macam Kate dan William pun. Pakaian mereka berdua sentiasa matchy-matchy dan kemas. Nanti Donna pun nak jugalah pakai dengan cik suami macam ni, ihiks!

 

 

 

 

 

Sumber: instagram schalayahya

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna