Berlesung Pipit Memang Manis Tapi Ia Merupakan Satu Kecacatan

Manis sahaja apabila melihat muka individu yang mempunyai lesung pipit. Kalau bawa balik tunjuk pada mak, bakal menantu berlesung pipit pasti terus dia setuju!”

Lelaki atau wanita yang memiliki lesung pipit itu memang kelihatan cantik dan kacak. Namun yang sebenarnya lesung pipit adalah kecacatan genetik. Satu-satunya kecacatan yang sangat disukai dan boleh diterima ramai.

Lesung pipit terjadi disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia menyebabkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila bercakap, senyum atau membuka mulut, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekukan pada pipi. Meskipun begitu, lesung pipit boleh hilang atas faktor peningkatan umur. Mungkin sewaktu kecil anda mempunyai sebentuk lesung pipit yang menawan, namun semakin dewasa lesung pipit tersebut seakan hilang. Ini berlaku kerana semasa proses tumbesaran, terdapat beberapa otot di wajah akan mengalami proses pembentukan sempurna dan secara perlahan otot wajah yang cacat tadi akan terbentuk menjadi normal.

Sumber Foto: mforum

Lesung pipit terjadi disebabkan oleh faktor keturunan. Ia memerlukan gen dominan untuk diturunkan kepada generasi seterusnya.

  • Jika ibu bapa memiliki lesung pipit, maka potensi untuk anak-anak memilikinya juga tinggi iaitu antara 50 hingga 100 peratus.
  • Jika salah seorang daripada ibu bapa sahaja yang memiliki lesung pipit, maka potensi untuk diwarisi hanya sebanyak 25 hingga 50 peratus sahaja.
  • Ada juga individu yang memiliki lesung pipit walaupun ibu bapa mereka tidak memilikinya. Ia terjadi disebabkan oleh faktor ‘Gen Skip‘ generasi. Ini kerana banyak gen yang tidak diwarisi dari sesuatu generasi ke generasi yang lain. Sebaliknya, ia berlaku secara berselang-seli. Jika keadaan ini terjadi, bermakna keturunan anda dulu ada memiliki lesung pipit.

Lesung pipit bukan sahaja terbentuk pada wajah tetapi juga pada dagu dan bahagian belakang punggung. Dagu terbelah merupakan keluarga lesung pipit.

Sumber Foto: thevocket

Bentuknya seperti huruf Y. Ia terjadi disebabkan oleh pembentukan tulang rahang yang tidak sempurna di bahagian kiri dan kanan ketika masih dalam kandungan.

Sumber Foto: hellosehat

Lesung pipit pada punggung pula dikenali sebagai Sacral Dimple. Ia terdapat di sekitar atas belahan punggung atau di sekitar bahagian bawah saraf tunjang berhampiran tulang punggung, berbentuk seperti lekukan kecil. Lesung pipit jenis ini selalu dilihat pada bayi yang baru lahir. Bagaimanapun, jika bentuknya besar dan dalam, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Walaupun ia jarang terjadi, namun tidak mustahil ia boleh berlaku.

FAKTA!

Sumber Foto: lubukmaklumat

  • Laman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60 peratus bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular. Kerana itu, ada sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut.
  • Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20 peratus  manusia di dunia memiliki lesung pipi yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang dicemburui ramai.
  • Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati, lesung pipit merupakan ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.
  • Ia juga disahkan para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya. Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: bukanaku.com bidadari

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna