Berkesan Ke Pakai Glove Sewaktu Keluar Beli Barang?

Saya nak tahu, adakah benar jika kita menggunakan glove semasa keluar dari rumah dapat elak dari terkena virus COVID-19? Contohnya, pergi membeli-belah atau berjalan keluar, saya tiada sanitizer, jadi saya pakai glove. Adakah tindakan itu selamat?”

Itulah antara persoalan yang mungkin akan pop-up dalam fikiran kita. Maklumlah, hand sanitizer sekarang ni ‘barang panas’ jadi sukar untuk didapati.

Antara inisiatif kebanyakan orang adalah memakai sarung tangan, kononnya dapat mengelakkan virus COVID-19 dari melekat pada tapak tangan.

via GIPHY

Jawapan dari Dr Amalina…

Jadi, untuk dapatkan penjelasan lebih mudah tentang persoalan ini, seorang doktor pakar bedah, Dr Amalina Bakri tampil menjelaskan fakta sebenar menerusi saluran LIVE di Instagram.

Menurutnya, penggunaan sarung tangan tidak digalakkan kerana tindakan itu menyebabkan virus mudah tersebar. Yes, that is true!

“Misalnya, you guys pergi kedai beli barang dan pegang barang sana sini. Kemudian, pulang ke rumah, buka sarung tangan dan pegang semula barang yang anda sentuh dengan sarung tangan tadi. Akhirnya, virus tetap melekat pada tangan.

Jadi, apa yang dicadangkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga WHO (World Health Organization) pemakaian sarung tangan tidak digalakkan pergi ke tempat awam atau keluar membeli barang. Apa yang digalakkan adalah cuci tangan dengan kerap.

Untuk lihat perbualan lebih details, mainkan video berikut.

Kesimpulannya, anda mungkin fikit anda melindungi diri anda, namun sebenarnya anda mungkin telah menyebarkan virus kepada orang lain tanpa disedari. Maka, cucilah tangan dengan kerap selama 20 saat menggunakan sabun tapi ingat, walaupun tangan sudah dibasuh, bukan bermakna anda boleh sesuka hati pegang bahagian mata, hidung dan mulut. Sebaiknya, elakkan, okay? Stay safe, we can do this!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Tak Nak Kena ‘Jolok’, Duduk Rumah,” – Doktor Ini Tunjuk Cara Rawatan COVID-19

Akan Diasingkan! Perdana Menteri Israel Takut Dijangkiti COVID-19

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna