Berkesan & Cepat! Nak Payudara Lebih Montok Dan Besar Jom Guna Cara Ni

Bagi wanita yang sudah berkahwin memiliki payudara yang pejal, montok dan besar adalah impian mereka kerana ia merupakan simbolik kepada kecantikan dan keyakinan diri. Bila si hubby selalu memuji, boleh buat anda senyum sampai ke telinga hiks!

Mungkin ramai yang menganggap bahawa langkah mudah untuk besarkan payudara adalah dengan memakan supplement ataupun pembedahan plastik (silicone) tapi adakah ia mampu menjadi kesihatan tubuh badan anda? Kenapa perlu berbelanja lebih dan membahayakan nyawa sedangkan anda boleh ikut cara mudah ini.

Jom lihat di bawah, langkah mudah yang Donna kongsikan agar payudara anda lebih montok dan besar!

Image result for kneeling stretch breast

Sumber: popsugar

Senaman Regangan Dada ( Kneeling Chest Stretch

  1. Duduk seperti duduk antara 2 sujud, (tapak kaki perlu berada bawah punggung).
  2. Perlahan-lahan bawakan tangan ke belakang badan dalam jarak 8-10 inchi. Tapak tangan anda perlu cecah di lantai.
  3. Tolak dada ke atas, sambil tangan perlu dalam keadaan lurus.
  4. Kepala dongak ke atas dan ke bawah sedikit sehingga anda dapat rasa regangan bahagian tangan, belakang, dan pinggang.
  5. Tahan dalam 30 saat.

Senaman Push Up 

Walaupun kebanyakan wanita ramai yang tidak mampu untuk melakukan push up secara konsisten, tetapi senaman ini amat sesuai dan popular untuk membentuk payudara kerana ia melibatkan penekanan otot-otot di bahagian dada. Jadi pada anda yang ingin mengekalkan bentuk payudara yang besar dan tegang lakukan senaman ini sekurang-kurangnya seminggu sekali. Baru lah nampak hasilnya!

Related image

Sumber: cosmestic

Terapi : Mudah & Tenang

Bukan senaman sahaja yang anda boleh lakukan tapi kaedah ini lebih mudah dan tenang untuk dilakukan di rumah.  Sambil nak besarkan payudara anda boleh ambil masa sebagai ‘me time’ dan hilangkan stres. Tidak perlu kos yang mahal pun, malah ada juga cara yang tidak menggunakan duit. Nak tahu apa caranya, keep scrolling okay!

Urut Payudara Relaks & Montok

Anda hanya perlu menggunakan minyak zaitun untuk membuat urutan di bahagian payudara agar ianya lebih lembut dan mudah. Disyorkan agar keadaan anda dalam posisi baring.

  1. Pada permulaan, urut payudara kanan mengikut arah jam, manakala payudara kiri pula lawan arah jam.
  2. Mulakan dari luar, dan perlahan-lahan urut sampai bahagian tengah.
  3. Lakukan beberapa kali sehingga anda

Image result for hydrotherapy

Sumber: hills

Hydrotherapy

Haa terapi apa pula ni, mesti anda tidak pernah dengar kan? Ia adalah perubatan moden yang menggunakan air. Pelbagai manfaat yang anda boleh rasai selepas melakukan terapi ni antaranya :

  • Membuang segala toksin ke dalam badan agar badan anda mudah untuk menerima khasiat dan diserap dengan baik.
  • Kulit menjadi lembut dan licin.
  • Membantu meningkatkan pelancaran darah dengan baik sehingga ke kawasan payudara.

Haa mudah sahaja kan, selain senaman dan terapi pemakanan juga penting untuk membantu anda mencapai impian agar payudara lebih montok dan besar. Setiap pagi, cuba amalkan minum susu dan lebihkan pengambilan buah-buahan dalam rutin kehidupan anda. Semoga bermanfaat!

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

“Dia Nombor Satu Dalam Hidup, Sampai Hanif Pun Saya Tolak Ke Tepi…” Anzalna Nasir

 

 

 

 

 

 

Sumber: jemarimas

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna