Berkerusi Roda Beli Bekalan Makcik OKU Dibantu Frontliners Buat Netizen Sebak

“Makcik tinggal dengan siapa?”

“Ada kucing”

Itulah jawapan yang dikeluarkan oleh seorang makcik OKU yang bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak keluar rumah ke pasaraya untuk mendapatkan bekalan. Makcik itu ditahan oleh frontliners yang sedang bertugas pada 8 April 2020, semalam.

Keadaan itu dirakam oleh Khairul Zulkefli yang merupakan salah seorang petugas yang kebetulan berada di kawasan itu. Khairul bertanyakan beberapa soalan kepada makcik itu mengenai pergerakannya dan sedikit maklumat tentang kehidupan beliau.

Foto:Twitter

Khairul Zulkefli memuat naik  dua video yang berdurasi 1:39 dan 59 saat itu dalam laman sesawang Facebook beliau dengan menyebarkan maklumat tempat tinggal makcik Noraini dengan harapan urusan makcik Noraini dapat dipermudahkan. Sejurus pada itu, seorang pengguna Twitter pula kongsikan video tersebut dalam laman Twitter menyatakan seorang askar yang membantu makcik itu dengan memberikan topeng muka dan juga sarung tangan sebagai pelindungan kesihatan.

Makcik itu dilihat bergerak di atas jalan raya menggunakan kerusi rodanya dan bekalan makanan yang digantung pada tempat pemegang kerusi roda tersebut. Seorang askar yang melihat keadaan makcik itu menahannya dan membantu memakaikan sarung tangan dan juga topeng muka terhadapnya.

Seperti yang anda boleh lihat, makcik ini dikatakan keluar membeli bekalan makanan setelah mendapat Bantuan Prihatin Nasional yang disalurkan oleh kerajaan. Melihat kesusahan makcik ini dari video tersebut, netizen menyatakan prihatin dan ramai yang ingin membantu keadaan makcik Noraini.

 

Foto:Twitter

Netizen meluahkan perasaan sebak akan melihat kesukaran yang harus dijalani oleh makcik Noraini ini. Lebih-lebih lagi apabila beliau menyatakan hanya tinggal seorang di rumah. Rutin membeli barang dan bergerak menggunakan kerusi roda tersebut sudah menjadi kebiasaan makcik Noraini. Walaubagaimanapun, dengan keadaan sekarang yang merbahayakan akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan bukanlah merupakan satu perkara yang mudah baginya untuk menjalani kehidupan harian.

Foto:Twitter

Semoga makcik Noraini mendapat bantuan yang secukupnya dan menjalani kehidupan harian dengan mudah. Melihat keadaan makcik ini melalui video sahaja, kita dapat merasakan berat akan kesusahan yang harus dijalaninya. Semoga segala urusannya dipermudahkan.

 

 

Baca juga:

Bolehkah Virus COVID-19 Dijangkiti Bayi Menyusu Dan Kandungan?

Hotel Hilton Fasiliti Kuarantin COVID-19 Cetus Pertikaian Netizen

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna