Berkelah Pasti Lebih Meriah Dengan Idea Menu Ni..

Bila tiba hujung minggu dan cuaca nampak cerah, tidakkah anda terfikir untuk keluar riadah bersama keluarga? Tapi, janganlah kata nak pergi mall pula. Cubalah buat aktiviti luar yang lebih menyeronokkan. Bawa si kecil meneroka sesuatu yang baru.

Apa kata bawa mereka pergi berkelah. Dalam pada masa yang sama, anda pun boleh relax kan diri dari kesibukkan kerja di pejabat. Erti kata lain, terapi untuk kesihatan dalaman. Tapi berkelah tak best kalau tiada bekalan makanan kan? Memilih menu makanan boleh jadi perkara yang merumitkan kerana anda juga perlu memikirkan makanan untuk ahli keluarga yang lain.

via GIPHY

Chop! Tak perlu dah nak kerah idea nak bawa apa sebab kami akan kongsikan idea antara hidangan yang meriah bila bawa berkelah. Antaranya…

Buah-buahan campuran

Jangan bawa satu jenis buah je, bawa lebih dari dua buah. Misalnya, campuran buah tembikai, tembikai susu dan anggur! Mmm, sedapnya kalau petang-petang beriadah dapat makan buah. Kalau nak campuran dengan buah lain pun boleh.

Salad Pasta

Kalau nak gantikan nasi goreng kepada sesuatu yang lebih menarik, kami cadangkan salad pasta. Mudah je, rebus pasta sehingga kembang, campurkan sedikit minyak zaitun, garam, thousand island dan campuran sedikit sayur-sayuran seperti lobak merah, salad dan baby tomato.

Sandwich

Kalau dah tekak melayu, bawa je apa-apa jenis sandwich. Nak lagi ranggup dan sedap, salut la dengan serbuk roti. Tapi kalau nak buat sandwich ala-ala mat saleh pun tak ada masalah.

Kekacang

Kekacang ni ibarat makanan tambahan sebelum atau selepas makan makanan berat. Bukan apa, kanak-kanak ni kadang-kala lepas makan makanan berat, mereka berlari dan bermain kemudian lapar semula. Ha, masa inilah anda keluarkan segala kekacang yang anda ada dan beri pada mereka. Hiks!

via GIPHY

Nampak sikit kan, tapi cuba letak semua senarai makanan ni satu tempat. Mesti nampak meriah punya. Nak lagi murah kos berkelah, ajak kawan-kawan. Nanti bahagiakan setiap orang bawa menu apa. Mudah kan? Selamat berhujung minggu!

 

 

 

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh baca senarai artikel kami cadangkan ni:

Pendedahan Secara Praktikal, Bawa Si Manja Meneroka Haiwan Liar ,

Hujung Minggu Ni Jom Sarapan Sandwich Avocado

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Martha Stewart

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna