Berita Baik! JPJ Buat Diskaun Untuk Bayaran Saman

Bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan laporan terdapat peningkatan saman yang dikeluarkan bermula 18 Mac lalu.

Mana tidaknya, kerajaan keluarkan undang-undang baru untuk mengekang wabak berjangkit COVID-19 tapi ramai yang gagal patuh, sebab tu lah banyak saman dikenakan ke atas mereka yang berdegil.

Mesti ada di antara kita yang mempunyai lebih dari satu saman dan sedang usaha mencari duit untuk melunaskan denda tersebut.  Maklumlah, bukan sepuluh dua ringgit ye, ada yang mencecah ratusan ringgit! Jadi memang makan masa untuk mengumpul duit.

Sumber: ismaweb

Diskaun sempena merdeka!

Tapi menurut Jabatan Penerangan Negeri Sabah menerusi laman akaun twitter, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat diskaun secara besar-besaran!

Menariknya lagi, diskaun pembayaran saman JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diberikan sebanyak 70% bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos sempena bulan merdeka yang disambut pada setiap tahun.

Malah, diskaun pengurangan pembayaran saman sah untuk semua jenis saman. Tunggu apa lagi chuols? Bolehlah serbu kaunter pejabat JPJ yang berdekatan untuk dapatkan diskaun sebelum tamat.

Good luck girls!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lelaki Warga Nepal Pukul ‘Guard’ Berjaya Ditahan

Purdah & ‘Face Mask’, Sama Ke?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: jpj

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna