Berita Baik! 5 Makanan Ini Boleh Kurangkan Stress

Macam-macam dugaan yang datang dalam hidup kita ini. Kadangkala, ia buat kita rasa tak nak teruskan hidup. Bila fikir lebih dalam, semakin sakit kepala dan stres kita dibuatnya. Jangan pandang sebelah mata tau stress ini kerana ia boleh jadi pembunuh secara senyap.

Stress yang berlebihan akan menganggu tekanan darah dan meningkatkan bebanan kepada jantung anda. Melakukan yoga dan meditasi dapat membantu mengurangkan stress dan memberi ketenangan pada anda.

Ini ada berita baik selain daripada melakukan yoga dan meditasi. Anda boleh juga cari makanan yang boleh mengurangkan tekanan. Menarik kan?

Oat dan Madu

Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak.

Apa kata, anda tambahkan sedikit serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan juga madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

via GIPHY

Dark Chocolate

Coklat gelap dapat membantu merembeskan hormon yang membuatkan kita rasa senang hati dan gembira. Gandingkan dengan kacang badam  yang kaya dengan sumber protein. Jangan risau, ia tidak menggemukkan!

via GIPHY

Kekacang dan bijirin
Kekacang dan bijirin seperti gajus, walnut, badam dan kuaci mengandungi omega 3 yang dalam menurunkan tekanan dan menggalakkan rembesan hormon yang sangat baik.

via GIPHY

Keledek

Ha, kalau teringin dengan makanan tradisional, keledek juga makanan yang terbaik dalam membantu mengawalkan stress. Jadi kalau korang mahukan manisan tanpa gula, ubi keledek adalah makanannya!

via GIPHY

Yogurt

Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Sumber proteinnya dapat memberi tenaga dan merembeskan hormon anti stress. Korang boleh kreatif dengan menambahkan buah-buahan manis untuk menambah rasa, sekaligus mencetus sistem imuniti badan.

via GIPHY

Jadi kesimpulannya, kalau anda rasa stress cari la makanan yang kami dah senaraikan ini. Kena pandai tau kawal stress tu, takut jadi lebih teruk nanti. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wanista

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna