Beri Si Manja Snek ‘Fruit Pops’ Untuk Zat Vitamin C

Sebagai ibu anda pasti akan memastikan si kecil dalam keadaan sihat dengan memberi makanan yang mencukupi zat dan nutrisi berkhasiat pada setiap hari. Sekiranya si manja diserang penyakit, selera makan  mereka akan terganggu dan menyebabkan kesihatan mereka makin terjejas.

Sebelum badan si manja dijangkiti bakteria, apa kata anda mengambil langkah berjaga-jaga. Iyalah, lebih baik mencegah daripada merawat. Jadi, Donna ada alternatif lain yang nak dikongsi bersama anda. Antaranya adalah snek vitamin C yang anda boleh buat sendiri di rumah. Kandungan kalorinya juga hanyalah 44 kcal je.

Bahan dan cara membuat snek vitamin C yang Donna nak kongsikan ini sangat mudah. Hanya menggunakan 3 jenis  buahan segar dengan hanya beberapa minit saja.

Sumber: paleo leap

Bahan-bahan;

  1.  Sebiji pisang
  2. 4 biji buah strawberi
  3. 10 biji Bluberi
  4. 1 dan 1/2 cawan jus epal yang tidak dicampur dengan gula atau apa-apa jus buah yang lain.

Cara membuat;

  1. Potong kesemua buah pilihan anda kepada saiz yang kecil.
  2. Masukkan kesemua potongan buah ke dalam bekas yang berbentuk aiskrim sehingga penuh. Pastikan setiap bekas bercampur jenis buah. Lagi banyak, lagi sedap.
  3. Masukkan jus epal sehingga penuh dan pastikan isipadu memenuhi setiap ruang.
  4. Masukkan ke dalam peti beku selama 6 jam!
  5. Nikmatinya!

Mudah sajakan? Kalau nak lebih seronok lagi, lakukan dengan si kecil. Minta mereka masukkan potongan buah ke dalam bekas ais krim. Selamat mencuba!

 

 

 

Sumber: easytaste

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna