Bergenang Air Mata Syatilla Melvin Bila Teringat Suami & Anak

Agak lama rasanya pelakon Sytailla Melvin tidak aktif dalam dunia hiburan walaupun bakat lakonannya boleh dikatakan hebat. Hm, mungkin dirinya ingin memberi 100 peratus perhatian kepada keluarga kecilnya.

Terbaru, menerusi sebuah posting akaun Instagram miliknya dia telah memuat naik sekeping gambar suaminya,  Shaheizy Sam dengan putera sulungnya, Syeriv Samheizy yang sedang nyenyak tidur.

Apa yang menarik perhatian kami adalah coretan pada kapsyen posting tersebut. Katanya, air matanya bergenang apabila teringatkan suami dan anaknya setia menemani dirinya sebelum perutnya dibelah untuk mengeluarkan anak keduanya di hospital.

Biasalah simptom ibu-ibu. Tindakan kecil suami dan anaknya pun boleh mengusik hati lembut wanita mereka. Kepada para suami, kalau boleh elakkan dari mengendahkan isteri anda. Kalau sibuk mana pun, pastikan anda bertanya khabar tentang mereka.

Antara soalan mudah untuk pasangan bila sibuk seharian dengan kerja.

  1. Dah makan ke belum?
  2. Anak-anak macam mana hari ni?
  3. Hari ni awak buat apa je?

Antara tindakan mudah untuk pasangan bila sibuk seharian dengan kerja.

  1. Bagi ciuman di dahi, pipi atu bibir.
  2. Ungkapkan rasa sayang dan rindu.
  3. Peluk erat selama 5 saat sebelum ke tempat kerja atau selepas pulang dari kerja.
  4. Ajak makan malam bersama.
  5. Pillow talk.

Mungkin nampak kecil, tapi kesannya besar untuk kebahagiaan rumah tangga.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

‘Penat Macam Mana Pun, Adakan Juga Masa Untuk Keluarga’ – Raf Yaakob ,

 Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Bawa Keluarga Bercuti Ke Adelaide

 

 

 

 

Sumber: ig samtilla

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna