Berdebar! Apa Yang Kena Buat Jika Takut Lakukan Hubungan Intim

Bukan anda seorang sahaja yang ada ketakutan untuk melakukan hubungan intim. Persoalan “adakah ia sakit?” atau “macam mana kalau saya tak rasa apa-apa?”  adalah sesuatu yang selalu menghantui para wanita walaupun selepas mereka berkahwin.

Situasi ini dinamakan Genophobia iaitu takut untuk melakukan hubungan seks. Penting untuk tahu faham bahawa melakukan hubungan seks dengan pasangan memerlukan cara yang bagus untuk lebih mengeratkan hubungan suami isteri. Jadi, pentingnya untuk dapat berkomunikasi bagi mengatasi ketakutan untuk melakukan hubungan seks.

via GIPHY

Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi ketakutan tersebut.

BACA: Sebelum Kahwin Kena ; Dulu Si Dia Gay Atau Homoseksual Nanti Menyesal Tak Sudah!

Percaya kepada diri

Tapi ingat tau, bukan hanya perempuan sahaja yang mempunyai ketakutan melakukan hubungan seks. Lelaki pun sama. Mungkin anda kurang rasa percaya diri untuk melakukan hubungan seks. Jadi, selepas ini tak perlu memandang kekurangan anda kerana itulah yang bakal menyebabkan rasa takut dalam diri.

Damaikan suasana

Bagi mengurangkan ketakutan apa kata anda wujudkan suasana tenang di dalam bilik tidur. Contohnya anda nyalakan lilin aroma atau taburan bunga mawar untuk memberikan ketenangan.

Jujur

Berterus-terang adalah cara terbaik. Anda dan pasangan boleh mencari jalan keluar bagi mengatasi rasa takut ini. Ingat ya, komunikasi sangat penting.

via GIPHY

Hadirkan sedikit humor

Sertakan sedikit keceriaan semasa melakukan hubungan seks. Apabila suasana lebih tenang dan santai, ia akan mengurangkan rasa takut anda.

Kawal pernafasan

Bernafas yang betul boleh membantu membuat anda lebih tenang. Bila pasangan lihat anda begitu berusaha untuk melawan ketakutan untuk bersama dengan anda, sudah tentu dia akan terharu dan anda berdua akan berasa lebih dekat.

BACA: Tiada Rangsangan, Punca Seks Menyakitkan Wanita

Hubungan seks sepatutnya adalah masa bahagia bersama pasangan tanpa perlu ada mana-mana pihak yang tersiksa atau terpaksa melakukannya. Jadi, berbincanglah dan carilah jalan penyelesaian. Jika anda berdua boleh menanganinya, sudah tentu hubungan anda dan suami akan lebih erat selepas ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna