Bercuti Ke Luar Negara Siap Bagi Nasihat, Inikah ‘Spesis’ Tak Faham Bahasa?

Sehari selepas Perdana Menteri, YAB Muhyiddin Yassin mengeluarkan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac, sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan masih ada segelintir rakyat Malaysia berdegil untuk pergi ke luar negara.

Bestnya dapat bergambar dekat luar negara!

Malangnya ramai yang gagal untuk mendengar arahan untuk sama-sama mengurangkan penularan wabak Koronavirus (COVID-19). Malah, sebelum ni kami pernah menyenaraikan beberapa artis Malaysia yang masih berada di luar negara. Tak tahulah sekarang ni mereka sudah pulang atau tidak.

Baca : Kes COVID-19 Makin Meningkat, Selebriti Ini Masih Berseronok Di Luar Negara

Sekarang, lain pula cerita apabila ada nama besar dalam negara sebenarnya mereka juga sedang berada di luar negara.

Lihatlah antara individu yang mempunyai nama besar dalam Malaysia mereka masih boleh memuat naik gambar ketika sedang bercuti ke luar negara tanpa rasa bersalah.

Ashraf Muslim

Gambar terbarunya di muat naik pada 20 Mac ketika berada United Kingdom bersama keluarga kecilnya. Tidak pasti sama ada dia di sana untuk tujuan pergambaran atau sebaliknya. Pada empat hari lepas, dia juga memuat naik nasihat ringkas kepada pengikutnya di Instagram supaya berusaha untuk lebih berhati-hati dengan COVID-19 ini.

Rasanya pelakon Ashraf Muslim atau lebih mesra dengan panggilan AM yang perlu lebih berhati-hati sebab di United Kingdom mencatatkan sebanyak 2,716 kes COVID-19.

Ally Mukhriz

Ally Mukhriz atau nama sebenar Meera Alyanna. Dia merupakan anak kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Pada yang mengikuti dirinya di instagram pasti tahu dia memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen dirinya mendoakan agar keluarganya selamat daripada wabak ini.

Bagaimanapun, dia tidak menunjukkan lokasi keberadaannya. Harap ini adalah gambar throwback je, ihiks! 

Sajat

Siapa tak kenal usahawan kosmetik yang sering menimbulkan kontroversi kerana mulutnya yang lancang serta isu jantinanya, Sajat. Lihatlah posting kekasihnya, Jadooss sehari yang lepas iaitu 21 Mac mereka berada di salah sebuah lapangan terbang baru di Istanbul!

Tahukah mereka di Istanbul Itali kini mencatatkan jumlah kematian COVID-19 lebih banyak dari dari China iaitu, 3405 dengan kes sebanyak 41,035 kes. Rasa-rasa selamat tak berlegar-legar di sana?

Ingatlah, walaupun ada urusan penting sekalipun, janganlah dikongsi kepada umum sebab boleh membangkitkan kemarahan awam.

Bukan apa, tak adillah pada mereka yang sanggup mengikut perintah kawalan pergerakan sebab nak membantu mengurangkan jumlah pesakit COVID-19 tapi ada segelintir mereka sedap bercuti. Tak fikir ke mereka akan frontline yang sedaya-upaya berkerja-keras menguruskan pesakit wabak berjangkit ini?

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lagi 3 Bulan, Penawar COVID-19 Bakal Ditemui?

Wira Tak Didendang, Lihatlah Wajah Nurse Menjaga Pesakit COVID-19

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna