Berbulan Pun Tak Berkulat! Lah Macam Ni Rupanya Nak Buat Cili Kisar Tahan Lama

“Haih macam mana ni! Setiap kali nak masak, cili kisar mesti dah berkulat “

Bagi yang sering memasak di rumah, pasti tak dapat lari daripada mengeluh tentang perkara sebegini. Biasalah masakan di Malaysia ni memang tak sah kalau tak rasa pedas, walaupun hanya perlu letakkan sedikit sahaja cili,  tapi tentu rasa pedas akan melengkapi setiap hidangan yang dimasak.

Simpan stok cili kisar, dua tiga hari dah berkulat? Bukan apa, stok cili kering ni salah satu cara memudahkan kerja di dapur, tapi kadang tu tak sampai seminggu simpan dalam peti ais dah berbau. Donna faham masalah yang sering dihadapi oleh para wanita ni, jadi apa kata anda ikut tip pratikal  untuk menjadikan cili kisar anda tahan lama dan tidak berkulat. Agak-agaknya apa rahsianya ye, jom lihat di bawah!

Related image

Sumber: freemalaysia

Bahan-bahan 

  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Air Tapis

Cara Penyediaan

1. Pertama sekali potong cili kering dan buang bijinya. Kupas bawang putih, jangan terlalu banyak ye nanti lain pula rasanya.

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut. Lebih baik jika anda gunakna air tapisan semasa rebus.

3. Apabila dah lembut, toskan dan sedia untuk dikisar. Dah siap!

Related image

Sumber: butterkicap

Untuk pengetahuan anda bawang putih mempunyai sifat anti kulat, kerana itu anda harus meletakkannya ke dalam cili kering untuk dikisar bersama. Haa lepas ni tak perlu lagi menghabiskan masa lama di dapur, ikut je cara mudah seperti di atas tak sampai berapa minit dah boleh hasil kan stok cili kisar untuk beberapa bulan.

 

 

Untuk artikel yang lebih menarik, anda boleh klik di sini:

Jangan Pandang Enteng, Ini Tip Penting Untuk Hadapi Jerebu Yang Anda Perlu Tahu

 

 

 

 

Sumber: explorasa

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna