Berbuka Dengan Pilihan 101 Menu!

Dalam sebulan berpuasa pasti ada hari yang anda rancang untuk merasai pengalaman berbuka puasa di luar selain ke bazar. Jadi, anda mula menyenaraikan beberapa tempat makan yang menarik seminggu sebelum masuk bulan ramadan.

Persoalannya, adakah tempat yang disenaraikan itu mempunyai menu yang pelbagai mengikut citarasa anda? Nanti bayar dengan harga yang tinggi tapi hidangan gagal memenuhi selera anda. Untuk pengetahuan anda, di ibu kota terdapat buffet ramadhan yang amat sesuai untuk mereka yang menghadapi kekangan masa untuk ke bazar.

Biasalah, bila terlalu sibuk dengan urusan kerja lepastu nak uruskan anak dengan suami sampai tak sempat nak pergi ke bazar. Kadang tu pergi bazar pun, bazar dah habis makanan. Takkan nak masak pula lepas penat di tempat kerja. Tak larat! Oleh itu, Donna akan kongsikan satu tempat yang sesuai untuk golongan ini.

Restoran 10 Binjai yang terletak berdekatan dengan KLCC akan berikan anda suasana meriah seakan berada di bazar Ramadan kerana menampilkan pelbagai gerai-gerai kecil yang unik buat para pengunjung supaya mereka dapat merasai menjamu selera seolah-olah berada di kawasan bazar ramadan.

Malah, restoran ini turut menampilkan beberapa jenis signature dish sempena Bazar Perdana ini terdiri daripada Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese yang merupakan salah satu menu istimewa semasa berbuka.

Tunggu apa lagi? Jom book tempat untuk berbuka esok!

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna