Berbaloi Ke Kalau Bercerai?

Kes penderaan, mabuk, dadah dan masalah kewangan sering menjadi konflik pada sesebuah rumah tangga sehingga mengundang kepada penceraian. Mungkin ada sesetengah pihak yang menganggap bahawa penceraian adalah satu jalan yang mudah buat pasangan apabila mereka tidak dapat lagi untuk hidup bersama.

Tetapi pada akhirnya, penceraian mungkin tidak dapat memberi kebahagian kepada suami mahupun isteri, kecuali ada di antara mereka yang sudah lama menjauhkan diri dan hatinya terhadap pasangan. Jika anda mengalami perkara ini, mungkin selepas berlakunya penceraian ia akan hanya melibatkan isu tentang diri anda sahaja dan hubungan yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Image result for broken family

Sumber: lowvelder

Berbaloi ke jika bercerai?

Bagi individu yang pernah dilamun cinta dan sudah mendirikan rumah tangga mungkin akan menganggap pada awalnya bahawa penceraian bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik jika berlakunya masalah hubungan. Perubahan akan berlaku apabila pasangan tidak lagi bersama dan mereka akan berpendapat bahawa perpisahan itu adalah sesuatu perkara yang berbaloi. Tapi mungkin anda tidak sedar sebenarnya terdapat kesan yang tidak diingini antaranya adalah kesan terhadap anak-anak tentang masa depan mereka.

Related image

Sumber: nusantaranews

Mungkin bagi wanita yang berkerja tiada masalah untuk menampung perbelanjaan mereka tetapi adakah ia mencukupi untuk memenuhi permintaan anak-anak anda? Bukan itu sahaja, hubungan anak dengan bekas suami juga turut terjejas kerana mereka akan kurang berkomunikasi apabila tidak lagi tinggal serumah. Hal ini akan menjadi lebih teruk apabila anak-anak berasa tertekan kerana tiada seorang ayah di sisi dan harus menerima orang baru dalam kehidupan mereka.

Related image

Sumber: affinity

Sebelum anda membuat keputusan untuk mengharungi segala cabaran selepas penceraian pastikan anda fikir dahulu dan anda telah bersedia dengan segala persiapan untuk memastikan bahawa anda menjalani kehidupan bersama anak-anak dengan bahagia. Adakah pilihan anda berbaloi untuk masa depan anak-anak? Jadi jangan buat keputusan terburu-buru dan sentiasa beri ruang untuk diri anda berfikir sejenak adakah kehidupan selepas penceraian memberi kebahagian ataupun tidak.

 

 

 

 

 

Sumber: integrativefamilylaw

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna