Beratur Panjang! Kedai Nombor Ekor Diarah Tutup

Musim Pergerakan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) nampaknya sudah cukup beri nafas baru untuk rakyat kembali bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa walaupun ada beberapa perkara yang masih lagi kerajaan larang.

Dalam kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, ada beberapa premis sudah mula beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Jika pemilik kedai gagal mematuhi, pihak berkuasa akan bertindak dengan mengenakan saman dan meminta tutup kedai dengan serta-merta.

via GIPHY

Baru beli, dah kena tutup…

Itulah yang terjadi di salah sebuah kedai nombor ekor di Kota Kinabalu,  Donggongon. Menurut posting yang dimuat naik oleh Harland Darau kedai tersebut baru saja beroperasi tapi sudah diminta tutup kerana tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Lihatlah keadaan hadapan premis sebelum diserbu oleh pihak berkuasa. Tak ada penjarakan sosial dan boleh tahan panjang pelanggan beratur nak membeli nombor ekor.

Premis sudah ditutup…

Clean! Hanya ada pihak bertugas saja di depan premis dan semua para petugas menjaga penjarakan sosial. Tahniah diucapkan!

Kepada pemilik kedai di luar sana, tak salah nak buka kedai. Paling penting ikut garis panduan yang telah ditetapkan kerana sekarang kita perlu mengamalkan norma baru selagi vaksin COVID-19 tidak dijumpai.

Jika kita semua gagal menurut arahan secara kosisten sepanjang musim PKPP ini, berkemungkinan akan wujud gelombang ketiga. Stay safe, stay clean!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

Dalam Rumah Tangga Wajib Amalkan Tip 4D

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna