Berapa Kali Seorang Ibu Boleh Buat Pembedahan Caesar Seumur Hidup?

Tak ada yang lebih membahagiakan bagi seorang wanita daripada meihat anak yang dikandung selama sembilan bulan dilahirkan dengan selamat. Mengalir air mata kesyukuran menyambut bayi itu di telapak tangan.

Namun, tak semua wanita bernasib baik boleh melahirkan secara normal. Dalam keadaan tertentu, para ibu terpaksa memilih untuk melakukan pembedahan bagi memastikan anak dapat keluar dari perut dengan selamat. Agak-agaknya, berapa kali setiap ibu boleh melakukan caesar ya?

ADTRH8 Cesarean Delivery

Menurut Dr Goh Shen Li, konsultan pakar bidan dan kandungan di Klinik Perempuan S L Goh, Singapura,  tidak ada jumlah tertentu untuk seorang ibu dibolehkan melakukan kaedah caesar.

Walaupun begitu, jika seorang ibu pernah melakukan pembedahan caesar yang rumit sebelum ini, mereka memerlukan tempoh masa yang lebih lama untuk melakukan pembedahan caesar yang  seterusnya.

Risiko pembedahan ini ini lebih tinggi memandangkan wanita bakal berdepan dengan pendarahan, infeksi, kecederaan usus, dan juga keadaan parut selepas pembedahan.

Jika tidak, para ibu mungkin boleh berisiko dengan situasi pembuangan rahim dan kekurangan darah. Bukan itu sahaja, mereka juga bakal berdepan dengan masalah kedudukan plasenta yang lebih tinggi atau plasenta  tertanam di lapisan otot rahim.

Sekiranya anda ingin melakukan pembedahan caeser, pastikan anda dapat nasihat doktor terlebih dahulu tentang keadaan perut dan rahim anda. Ini semua bagi mengelakkan anda daripada mengalami penyakit yang lebih parah selepas melahirkan.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna