Berang Kenderaan Dipotong, Lelaki Langgar Perodua Kancil Dan Mengamuk

Kejadian berlaku di Pasri Mas,Kelantan di mana seorang lelaki bertindak mengamuk hanya kereta yang dipandunya dipotong oleh seirang pemandu yang memandu sebuah Perodua Kancil. Oh, maksud dipotong di sini adalah overtake ya.

Berang keretanya dipotong, lelaki ini bertindak menghimpit dan melanggar kenderaan Perodua Kancil tersebut sehingga ia terbabas ke dalam parit.

Tidak cukup dengan itu pula, lelaki berang itu dikatakan turut memukul mangsa yang ketika mahu cuba mengeluarkan diri daripada kenderaannya yang terbalik. Tambahan pula, suspek yang mengamuk itu memukul mangsa menggunakan sebatang besi di Jalan Kampung Atas Pinggur, Bunut Susu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, suspek yang mengamuk itu memandu sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier disyaki berang kerana kenderaannya dipotong.

Mangsa juga menceritakan keadaan itu terjadi kerana suspek memandu dalam keadaan yang sangat perlahan dan melilau ke kiri dan ke kanan. Oleh sebab itu, pemandu Perodua Kancil mengambil keputusan untuk memotong kenderaan suspek.

Walau bagaimanapun, setelah kenderaan Toyota Harrier tersebut berjaya dipotong, suspek dikatakan terus mengekori dan menghimpit kenderaan mangsa sehingga dipercayai terbabas.

Tidak cukup dengan itu, pemandu Toyota Harrier juga terus bertindak diluar kawalan dengan meluru memukul mangsa menggunakan sebatang besi.

Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan luka sepanjang 3 sentimeter di bahagian kepala serta bengkak dan juga kesan calar di bahagian lengan. Mangsa walaubagaimanapun, telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang.

Kejadian tersebut dirakam dalam sebuah video yang berdurasi 20 saat dan tular di Facebook menunjukkan suspek yang memakai baju berwarna putih dengan tidak berpuas hati bertindak memukul pemandu kenderaan Perodua Kancil menggunakan sebatang besi, sejurus sahaja berlaku kemalangan.

Hasil siasatan menunjukkan suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan hasil semakan juga menunjukkan kenderaan yang dinaiki suspek adalah dimiliki oleh seorang wanita di Bangi.

Setelah dihubungi, pemilik kereta tersebut juga memaklumkan bahawa kenderaan tersebut diberikan dan disambung bayar kepada sebuah syarikat kereta di Kelantan

Kesimpulannya, suspek masih dikesan oleh pihak polis dan tindakan lanjut akan diambil kerana kesalahan yang dilakukan olehnya. Kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 423 dan 279 Kanun Keseksaan.

Apa yang dimarahkan sangat oleh abang pemandu Toyota Harrier ini sehinggakan bertindak luar kawalan mencederakan individu yang lain?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Berita Harian

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna