Berang Anak Remaja Perempuan Lari Ikut Kekasih Berusia 35 Tahun, Bapa Penggal kepala Anak

Mangsa yang hanya berusia 13 tahun dan berasal daripada Talesh, Iran itu dilaporkan dibunuh ketika sedang tidur selepas ditangkap cuba untuk melarikan diri bersama seorang lelaki yang berusia 35 tahun. Mangsa juga dipercayai dikatakan telah jatuh cinta dengan lelaki yang jauh lebih berusia darinya itu.

Mangsa yang bernama Romina Ashrafi dikatakan cuba untuk melarikan diri bersama kekasihnya itu sebelum pihak polis menangkap mereka. Sebelum tangkapan itu berlaku, bapa kepada mangsa remaja perempuan itu membuat laporan polis di sebuah balai polis.

Foto:images.7news.com.au

Baca:“Aku Rindu Masakkan Mamaku”- ‘Frontliner’ Penat Dan Rindu Keluarga

Namun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila bapa kepada Romina bertindak memenggal kepala anaknya yang sedang tidur ketika itu. Bapanya yang tergamak melakukan perbuatan itu menggunakan sebilah sabit. Akibat terlalu berang sehingga sanggup melakukan perbuatan di luar fikiran!

Apalah salahnya mendidik anak perempuannya itu dengan betul? Begitu angkuh dan kejamnya budaya pembunuhan bermaruah atau ‘honour killing’ ini. Diibaratkan seperti sejenis budaya yang tidak menggunakan otak!

Remaja perempuan yang berusia 13 tahun itu dikatakan menerima amaran secara berulang kali dan dikatakan takut akan nasib hidupnya. Walau bagaimanapun, setelah pulang ke rumah, bapanya membunuh anak perempuannya itu menggunakan sabit pada 21 May.

Tidak lama selepas itu, bapa durjana itu menyerah diri kepada pihak polis dengan membawa sabit yang digunakan untuk membunuh mangsa. Kazem Razmi yang dikatakan gabenor pada wilayah tersebut menyatakan siasatan masih dijalankan dan suspek kini berada dalam tahanan reman.

 

 

 

 

Baca juga:

“Setiap Kali Pulang, Saya Tak Boleh Peluk, Cium Anak” Luahan Sebenar Frontliner Hadapi Risiko Covid-19

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:ohbulan

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna