Bengang Lama Buat Aduan Tiada Tindakan, Lelaki Pacak Batu Nisan Tanda Protes

Lu orang nak cakap wa b**h pacak nisan kat lobang?

Permulaan teguran yang ditulis dalam sebuah laman Facebook berkenaan akan isu jalan raya berlubang sekitar bandar Shah Alam. Marah setelah aduan yang sudah lama dibuat namun tiada tindakan yang diambil, lelaki ini melakukan protes dengan menggunakan batu nisan dalam lubang tersebut.

Mana tidaknya, punca kemalangan jalan raya juga sebenarnya sebahagian besar juga berpunca daripada keadaan jalan yang rosak dan tidak diturap dengan baik. Bahayanya jalan berlubang ini kadang kala sehinggakan boleh mengancam nyawa dan keselamatan para pengguna. Baik penunggang motorsikal, basikal mahupun kereta!

FOTO:Facebook

Perkara sebegini sepatutnya tidak dipandang ringan kerana ia melibatkan jalan raya dan keselamatan nyawa pengguna. Dalam pada masa yang sama, turut dikesali apabila setelah aduan dibuat lewat pula tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah ini.

Lelaki yang membuat aduan itu bertindak memacak batu nisan dalam lubang yang besar itu dan siap berdoa serta bertafakur di lubang tersebut.

Tujuan lelaki tersebut melakukan perkara demikian adalah kerana sudah hilang sabar menunggu pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mengambil tindakan. Tambahan pula, apabila lubang tersebut menjadi semakin besar dan masih lagi tiada tindakan yang diambil.

Tidak lama setelah gambar itu menjadi viral dan mendapat perhatian orang ramai, jalan tersebut kini telah diperbaiki. Walau bagaimanapun, rasa kesal turut diluahkan kerana lambat mengambil tindakan akan isu yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya. Selain dari itu, perkara ini juga dikritik oleh netizen akan pihak yang sepatunya menjalankan tugas dalam isu ini dan protes lelaki tersebut disokong oleh majoriti!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Ohmymedia

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna