Bengang Diajak ‘Main’ Bersama, Isteri Pertama Tikam Alat Sulit Isteri Kedua

Seramnya topik kali ni kan? Hubungan poligami ternyata memang mencabar! Kes ini berlaku di Sibu apabila isteri pertama menikam alat sulit isteri kedua menggunakan pisau sepanjang 22 sentimeter berikutan berang dengan ajakan melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ dengan suami.

Ha, jangan main-main tau. Anda perlu lebih berhati-hati lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara sensitif seperti ini. Menurut laporan pihak polis, suspek berusia 46 tahun bertindak sedemikian selepas berpura-pura bersetuju melakukan hubungan seks bersama.

Difahamkan, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai anak dengan suaminya manakala suspek sudah tinggal bersama lelaki yang sama selama tujuh tahun, namun hanya berkahwin secara adat di rumah panjang dan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

Stanley berkata kedua-dua wanita itu dan suami mereka yang bekerja dalam industri balak di Kepulauan Solomon, pada awalnya bersetuju untuk melakukan hubungan seks bersama dan difahamkan, ketiga-tiga mereka sempat minum minuman keras sebelum kejadian.

“Namun, suspek mengambil peluang menikam alat sulit mangsa ketika mereka berada dalam sebuah bilik dan suami suspek menyedari perbuatan itu selepas isteri pertamanya bergegas lari dari bilik itu.

“Suami suspek kemudian bertindak mengejar suspek selepas mendengar isteri keduanya mengerang kesakitan sambil memberitahu dirinya ditikam.

“Suami suspek berjaya mengejar dan menahannya sebelum menyerahkannya kepada pihak polis,” katanya.

Tambah beliau, punca kejadian disyaki disebabkan suspek berang apabila suaminya membawa mangsa datang ke rumah sewa mereka.

“Pihak polis yakin perbuatan bermotifkan dendam dan cemburu kerana suspek sudah lama mengetahui suaminya itu menjalin hubungan dengan mangsa. Mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sibu walaupun mengalami banyak pendarahan,” katanya.

Menurut pihak polis lagi, kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan pisau.

 

 

 

 

Sumber : Bharian

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna