Benarkah Aktiviti Renang Bagus Untuk Pesakit Asma?

Asyik sibuk dengan kerja je, kadang-kadang sampai terlupa nak rancang aktiviti pada hujung minggu bersama keluarga. Agak-agaknya apa aktiviti yang best dan santai untuk hujung minggu nanti? Haa tak perlu susah-susah pun fikir, sebenarnya ramai yang masih lagi tidak tahu tentang manfaat senaman air iaitu aktiviti berenang sebagai rutin.

Mungkin anda sering menggangap bahawa aktiviti renang hanya untuk orang yang ingin kekal fit, atau erti kata lain menjaga tubuh badan tapi sebenarnya swimming ni bagus untuk orang yang menghidap penyakit asma. Haa percaya ke tidak?

Image result for swimming

Sumber: science

Udara yang lembap dan hangat di dalam kolam yang mempunyai ruang tertutup sebenarnya mampu membantu  menghidupkan semula rasa ingin bersenam berbanding udara luar dan persekitaran di gim. Aktiviti renang telah banyak memberikan kesan positif kepada pesakit asma dalam jangka masa yang panjang.

Menurut kajian Scientific Journal World pada tahun 2007, seramai 65 orang dewasa mempunyai asma ringan melaporkan paru-paru mereka berfungi dengan lebih baik apabila melakukan aktiviti renang serta saluran udara nafas semakin baik selepas enam bulan.

Bukan itu sahaja, sebenarnya aktiviti swimming ni banyak manfaat antaranya:

Menyejukkan Suhu Badan

  • Kerap berpeluh di musim panas sering menjadi penghalang untuk anda melakukan senaman. Apabila badan anda berasa panas dan hangat selepas melakukan senaman, renang adalah salah satu cara yang terbaik untuk kekal aktif dan dalam masa yang sama dapat menyejukkan badan anda.
  • Sebenarnya suhu air dalam kolam renang mampu membuatkan otot anda berada dalam keadaan tenang.

Senaman Yang Baik Untuk Ibu Hamil

Image result for ibu hamil swimming

Sumber: alodokter

  • Berenang adalah cara terbaik bagi ibu hamil untuk melakukan senaman tanpa melibatkan ketegangan yang berlaku pada bayi kerana semasa berada di dalam air ia akan membuatkan si ibu mudah bergerak.
  • Air sebenarnya membantu menyokong berat badan ketika berada di bawah air dan memudahkan pergerakan otot dan tulang belakang.

Yang sebenarnya ada banyak lagi kebaikkan atau manfaat yang boleh kita dapat daripada berenang. Dah tahu nak ke mana hujung minggu ni?

 

Artikel berkaitan:

Lari Dari Tipikal, Jom Bawa Famili ‘Terapung’ Di Pulau Tioman

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna